Kita tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.
Selepas wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air.
Sumbangan Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih mahal.
Satu lagi kejayaan Air Asia yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan mereka bertapak di negara-negara luar. Contohnya, Thailand, Indonesia, Jepun dan yang masih dalam perundingan adalah India. Sikit sebanyak kita boleh tumpang rasa bangga apabila sebuah syarikat dari Malaysia berjaya bertapak di negara-negara berkenaan dan namanya menjadi sebutan dunia.
Namun begitu itu semua bukan alasan untuk Air Asia menunjukkan sikap sombong dan bongkak kepada kerajaan. Jika tanpa sumbangan atau pertolongan kerajaan Air Asia pun tidak akan berada di tempat yang mereka berada sekarang. Bohonglah jika Air Asia kata kejayaan mereka hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Walaupun Tony Fernandez keturunan India, beliau sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah hari ini untuk membolehkan Air Asia India diwujudkan. Sampai hari ini pun beliau masih belum mendapat kelulusan untuk bertapak di India. Tetapi diMalaysia Air Asia tidak menghadapi masalah-masalah besar.
Kalau kita nak ungkit bab jasa atau sumbangan untuk membolehkan kita menuntut macam-macam, babi pun banyak boleh menuntut dari manusia. Jangan ingat babi tiada sumbangan kepada manusia. Jalan-jalan yang ada kebanyakannya adalah jalan dirintis oleh babi. Dulu kita mana ada jalan, semuanya hutan. Babi berjalan beramai-ramai dalam hutan sampai botak rumput. Kemudian manusia tengok, oh sini jalannya. Manusia pun guna jalan itu untuk ke sana sini. Kemudian apabila negara dah maju sikit, manusia pun turap jalan itu jadi jalan raya. Asalnya adalah jalan haiwan….
Air Asia enggan berpindah ke klia2 atas alasan keselamatan, keselesaan dan kos kepada penumpang. Apakah di LCCT sekarang ianya selamat dan selesa kepada penumpang ?
Waktu kita keluar dari balai pelepasan menuju ke pesawat atau turun daripada pesawat menuju ke balai ketibaan, kita sendiri dapat rasakan bagaimana suasana yang tidak selesa dan tidak selamat. Dengan debunya, bunyi bising pesawat dan kenderaan Air Asia yang lalu lalang. Itu selamatkah ? Itu selesakah ?
Air Asia berkata kos yang dikenakan kepada penumpang di klia2 akan membantutkan usaha Air Asia memberikan penerbangan tambang murah kepada penumpang. Ini boleh dikirakan sebagai lawak april fool 2014 yang dibuat Air Asia.
Air Asia sedar atau tidak yang mereka menyembelih pengguna selama ini dengan bermacam-macam caj yang tidak logik ?
Mana ada syarikat penerbangan lain yang mengenakan bayaran caj daftar masuk kepada penumpang ? Tetapi Air Asia kenakan bayaran RM 10.00 kepada seorang penumpang. Kadang-kadang waktu di lapangan terbang saya kasihan melihat orang-orang yang tidak mahir menggunakan teknologi, seperti orang tua atau orang kampung yang pergi daftar masuk kemudian diminta membayar RM 10.00. Pernah satu ketika saya melihat seorang bapa yang membawa 5 anak dan isteri untuk merasai naik kapal terbang, dan tidak tahu untuk menggunakan mesin daftar masuk layan diri, diminta membayar RM 70.00 caj daftar masuk.
Begitu juga dengan bayaran bagasi yang didaftar masuk. Penumpang perlu membayar setiap bagasi yang didaftar masuk bergantung kepada berat beg. Sedangkan rata-rata syarikat penerbangan memberikan percuma kepada penumpang untuk mendaftar masuk bagasi antara 15kg-20kg.
Berikut adalah harga yang dikenakan oleh Air Asia untuk bagasi yang didaftar masuk
Ini jika kita beli talian, jika yang tidak pandai menggunakan teknologi pula penumpang perlu bayar lebih daripada itu di kaunter daftar masuk.
Paling rendah yang dijual adalah 15kg dengan harga Rm 25.00. Kalau beg kita 10kg, maka 5kg dapat percuma sahaja kepada Air Asia. Kalau beg kita 18kg pula, maka kena bayar tambahan. Mereka tak akan beri percuma kepada kita.
Bercakap bab tambang pula, ramai diantara kita yang tertarik dengan iklan Air Asia dan percaya bulat-bulat kepada iklan mereka. Sedangkan hakikatnya tambang mereka tidak semurah yang kita jangka.
Saya buktikan kepada anda melalui perbandingan di bawah. Saya membuat pencarian di talian untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur pada tarikh 13 dan 14 April 2014.
Air Asia : Tambang yang dikenakan RM 628.00 tidak termasuk caj daftar masuk. Makan dan minum kena bayar lain. Berlepas dari LCCT dan kena panjat tangga.
MAS : RM 580 dengan layanan 5 bintang. Daftar masuk penumpang dan bagasi 20kg tanpa sebarang bayaran. Makanan percuma. Berlepas daripada KLIA dan pakai jambatan udara.
Malindo Air : RM 388.00 termasuk bayaran insuran, daftar masuk bagasi 15kg dan penumpang percuma. Berlepas dari KLIA dan pakai jambatan udara. Jika anda tidak memilih untuk membeli insuran harga kurang lagi RM 30.00 kepada RM 358.00
Bukti-bukti diatas cukup untuk saya buktikan bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat yang menekan pelanggan. Kemudian guna alasan tidak mahu berpindah ke klia2 kerana untuk memastikan mereka dapat mengekalkan tambang murah kepada pelanggan. Kepala hotak dia !
Apa yang mereka buat itu adalah untuk memainkan sentimen rakyat agar membenci kerajaan. Kononnya bukan mereka yang menekan pelanggan tetapi kerajaan yang menekan pelanggan hingga mereka tidak dapat lagi menyediakan perkhidmatan tambang murah kepada pelanggan. Sebabnya apabila berpindah ke klia2 , macam-macam caj yang dikenakan MAB hingga mereka tidak dapat lagi memberikan tambang yang murah. Sedangkan caj-caj yang dikenakan MAB berapa sen sangat dan itu semua untuk keselesaan penumpang. Penumpang tak perlu lagi nak berpanas, berhujan atau berdebu kerana dapat masuk ke pesawat dengan menggunakan jambatan udara. Percayalah cakap saya, selepas ini mereka akan tekan pelanggan dengan pelbagai caj lain lagi, atas alasan caj di klia2 yang tinggi.
Orang-orang Malaysia kena buang daripada pemikiran mereka bahawa Air Asia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Bila ingat murah, terus ingat Air Asia. Itulah yang tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia selama ini. Semuanya kerana termakan dengan iklan. Mulai hari ini orang Malaysia kena tanam dalam pemikiran mereka bahawa Air Asia sebuah syarikat yang suka menekan pelanggan dengan pelbagai caj yang tidak masuk akal. Sebab itu mereka untung berbelas bilion setahun. Kemudian kutuk MAS. Sedangkan MAS dalam masa yang sama banyak buat kerja amal termasuklah untuk penerbangan pendalaman Sabah dan Sarawak. Dulu kerajaan bagi kepada Air Asia untuk uruskan penerbangan tempatan di Sabah dan Sarawak. Selepas setahun cabut lari…Mas juga yang terpaksa ambil balik...
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 14 comments... read them below or add one }
Keselamatan klia2 diragui bukan sebab bangunannya. Tapi yg lebih penting tentang landasannya. Inilah perbualan mereka yg dibualkan dikalang mereka yg pernah terlibat semasa membina landasan tersebut. Samada benar ataupun tidak, tunggu saja apa yg akan berlaku selepas di buka nanti.
April 12, 2014 at 10:16 PM
kos operasi akan meningkat sekali ganda bila beroperasi di klia2... kenapa aa nk bina airport sendiri xdibenarkan... aa dipaksa sewa dgn mab... bina low cost terminal harga 4bilion... sapa yg akan tanggung kos tuuu dh tentu pengguna... mas berniaga rugi pun takpe gov akan inject duit drpd dana rakyat... kalau aa rugi sapa nk tanggung???
April 12, 2014 at 11:35 PM
Pengalaman 6thn belajar di perantauan, mmg semua low cost airline mcmni (ryan air, easyjet, etc). Low cost airline mmberi option utk tambg murah dgn mengurangkn facility. Cth dgn bawa carry in bag shj/backpaking. Mcmtula cara org europe travel. Di malaysia ni smua nak layanan mcm raja, jusy because we are customer. Cth senang, meja xnak kemas sndiri lepas mkn kt ikea. Stakat kena panjat tgga flight pn dh complain mmg xthn. Nk layanan mcm raja, jgn beli low cos flight.
April 13, 2014 at 7:52 AM
MAS tu swasta bro. Semua flight swasta..Malaysia xda penerbangan kerajaan sendiri..
April 13, 2014 at 4:32 PM
Pelanggan perlu bijak, biasanya mereka yang memilih airasia sebagai penerbangan telah membeli tiket yang ADA promosi. Bukan membabi buta dengan menjadikan airasia sebagai pilihan utama, biasanya mereka yang sering mnaiki penerbangan lebih tahu selok belok serta tips untuk mendapatkn tiket yg murah...
April 14, 2014 at 4:19 AM
fyi MAS is one of the gov.linked corporate..
April 14, 2014 at 5:59 AM
Haha..blogger x buat research mcm ni lah. Membodohkan diri sendiri..
April 14, 2014 at 5:52 PM
its not fair to compare one flight ticket and say air asia is expensive. because flight ticket is not a fixed rate. sometimes aa is more expensive than mas, sometimes malindo air is way more expensive. the customer must compare the price each time they want to book a flight and consider about the facilities they want.
kalau nak layanan best tapi naik kapal terbang murah memangla bengang after that..most people who travel a lot already aware of this kind of thing regarding a flight company.
tak guna condemn yang ni xbest yang ni best..the choice is in your hand. kalau nak naik teksi, naikla teksi. kalau nak naik beca, naikla beca. xpayahla bising cakap naik beca panas pastu lembab sebab kita yang pilih nak naik beca first of all. kalau rasa tertipu jugak it is not their fault..it is our fault that we dont really think and consider thouroughly before choosing.
April 14, 2014 at 7:36 PM
Xder la Mahal Sgt mana pun kalo promosi.. Semalam dah li tiket g JB dr Sibu.. Coz nak naik MAS tambang sehala jer dah boleh round trip Sibu -JB -Sibu kalo naik Air Asia. xcaya leh search 18 April 2014 then 20 April 2014.. Kebijaksanaan perlu utk menilai Hehe
April 14, 2014 at 9:24 PM
True and agreed... orang kat Malaysia kurang pengetahuan ttg apa yg berlaku di dunia luar... ramai suka pakai theory half past six fueled by hatred and emo...
April 15, 2014 at 1:45 AM
Xkena batang hidung ckp pot pet pot pet boleh la..
April 15, 2014 at 11:31 AM
Tau nak condemn org jak. Fikir sebelum tulis boleh?
April 16, 2014 at 12:17 AM
MENGARUT! :D..xda sp paksa ko naik aa. xska facility kt lcct naik la flite lain sush sgt ke. evrythings is written on de itinerary n nobody force u to book n pay pastu mls nk amik port dgn TERMS&CONDITIONS..pastu nk rs tertipu..hwekkk~
April 16, 2014 at 12:23 AM
Teknik marketing golongan kapitalis memang menyakitkan hati dan menekan pengguna..melainkan kalau diorg ade lg erti kemanusiaan..aku bukan nak backup sesiapa..cuma pengalaman aku guna MAS ngan Air asia..
aku selalu fly ke Jakarta dr KL naik air asia..sepanjang aku naik aku book online..tiket average harga dalam rm160 pegi balik..ade sekali aku beli kat kaunter last menet..kene rm400++ sehala..giler cekik darah..
apstu kdg2 kalau sume flight mahal aku g naik AirFrance..average harga pegi balik dlm RM400..siap makan ngan beg sume skali..
ade skali aku plan nak sponsor mak ngan adik aku g skali..rezeki aku kot mase tu..tgk AirAsia mahal..AirFrance pun RM400..3 org dah 1.2k..x mampu..then aku pun tgk la MAS..mcm x caye tiket pegi balik RM5 je..mase tu lepas PRU last year..aku soh bini aku checkkan takut laptop aku yg problem..mmg btol tiket harge RM5..aku call operator MAS tanye takut ade hidden charge..diorg ckp xde..tapi problemnye x bleh pilih seat..kalau nak pilih seat kena byr RM10..aku kira2 balik sume total baru RM75..still murah lg..
so kesimpulannya marketing utk penerbangan ni mmg len mcm sket..biasenye diorg offer murah utk pelanggan yg booking awal..konsep die cmni: yg awal bayar murah..yg last menet akan byr lebih dr full amount utk cover tambang yg murah tadi..sbb diorg cuma nak penuhkan pesawat je..
tapi kalau skang airasia nak cas lebih kpd customer mmg x patut la..diorg patutnya absorb cas2 tu sume..diorg untung banyak kot..diorg patutnya dah tau LCCT tu temporary je..bukan tetap..so sepatutnya dah ready utk sume ni..LCCT tu tmpt kargo..
May 14, 2014 at 12:08 AM
Post a Comment