ONEXOX
BannerFans.com

MH370 - AS jawab teori konspirasi Diego Garcia

on Thursday, April 10, 2014

Spekulasi kehilangan pesawat MAS MH370 sering dikaitkan dengan penglibatan Amerika Syarikat dan  Diego Garcia.

Teori pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone, alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.

Menurut Sinar Harian hari ini, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menafikan teori berkenaan.

Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.

Tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

“Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.

”Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.

Berkaitan data, jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.

Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

mana ada orang buang air besar atas tangga atau depan pintu rumah orang lain nak mengaku itu perbuatannya


April 10, 2014 at 5:08 PM
Anonymous said...

Bukan setakat buang air besaq..kalu kentut dlm lif pun tak dak orang yg nk megaku


April 10, 2014 at 7:16 PM
Anonymous said...

Apalah ko ni mawar... sedangkan LV, Chanel, Gucci n byk lg brand branded lain org boleh ciplak ni kan plk tudung fareeda... mmglah idea ko keluarkan tudung tu... habis tu org dah x mampu jual tudung murah yg cantik cam tudung ko.. org belilah.. ko pun 1.. nak berniaga pun pelbagaikanlah tudung tu.. sekali Allah tarik rezeki ko sekelip mata ko terganga nnt... cuba tanya diri ko seumur hidup ko... ko x pernah ke beli brg tiruan... kalau beli cd cetak rompak pun kira tiruan tau (eh luoa org kaya mesti beli semua ori) bluek... so drpd ko diherdik n org makin menyampah baik ko diam je...


April 10, 2014 at 11:06 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved