“Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu,” katanya.
Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan.
“Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi). Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian),” katanya kepada Bernama TV.
Rosmah berkata merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.
“Saya rasa helpless (tidak berdaya)…nak tolong tapi tak boleh tolong. Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka,” katanya.
Tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.
“Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui,” katanya.
Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.
“Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu,” katanya.
Beliau turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon PM Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.
“Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu,” katanya, lapor Bernama.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment