ONEXOX
BannerFans.com

MH370 – Tony Abbot buat cerita lagi!

on Saturday, April 12, 2014

Kini masa bagi kita memerhatikan pihak Australia pula membuat kenyataan berhubung pencarian MH370.

Adakah Perdana Menteri  Australia Tony Abbot setakat mahu mencuri tumpuan? Pada 24 Mac beliau mengumumkan di Parlimen bahawa “kami menemui dua serpihan yang mempunyai “kebolehpercayaan” di Lautan Hindi (pada jarak 2,500km dari Perth)”.

Serta-merta segala tumpuan pencarian yang dilakukan misi mencari dan menyelamat dialihkan ke Australia, daripada Laut China Selatan, Selat Melaka dan utara Lautan Hindi.

Selepas 18 hari, tiada serpihan ditemui namun sebaliknya, pencarian berganjak ke arah utara minggu lepas di mana “ping: dari kotak hitam didengar pasukan penyelamat.

Itu sahaja yang ditemui selepas 35 hari. Misteri MH370 seakan tiada penghujungnya lagi.Abbot kini mengumumkan pula: “Kami yakin isyarat yang didengar datangnya daripada kotak hitam jet MAS”.



Abbot seperti juga ahli politik lain hanya mahukan publisiti dan persepsi baik.

Bagaimanapun, Angus Houston, ketua pencarian Australia, berkata analisa signal mungkin tidak berkaitan dengan perakam kotak hitam pesawat tersebut.

“Dengan maklumat yang saya miliki, seakan tiada penemuan di dalam mencari MH370,” jelas Houston, selepas media melaporkan berita penemuan kotak hitam tidak dapat disahkan.

Adakah anda percaya ahli politik atau pakar pencarian?

Jadi bukan pihak berkuasa Malaysia sahaja yang berspekulasi dan memberi maklumat salah.

Agensi berita melaporkan bahawa Abbot berkata pencari yakin mereka tahu kedudukan kotak hitam MH370 tetapi berkata bukan mudah menemui bangkai pesawat tersebut.

“Kami yakin kami tahu posisi kotak hitam yang berada berdekatan,: kata Abbot di Shanghai, baru-baru ini.





“Namun, keyakinan tidak sama dengan menemui bangkai pesawat yang mungkin berada empat setengah kilometer dari permukaan.”

Agensi Australia yang menerajui pencarian menggunakan alatan canggih selepas isyarat bunyi baru didengar pada 10 Mac.

Ping terbaru menambah keyakinan terhadap empat ping yang didengar pihak tentera laut Amerika yang membawa alatan bagi tujuan itu.

Pakar bagaimanapun berkata proses menilai isyarat di lautan mengambil masa dan amat rumit sekali.

Kenderaan Bluefin 21 bakal digunakan di dalam misi pencarian sekiranya kawasan pesawat terhempas dikenalpasti kelak.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved