Insiden itu tercetus di Jalan Anfield selepas segelintir penyokong Chelsea menyanyikan lagu yang mengutuk ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard.
Ketegangan itu bermula apabila seorang daripada penyokong Liverpool yang tidak dapat menahan kekecewaan bertindak menumbuk pengikut Chelsea.
Kehadiran polis yang tepat pada masanya bagaimanapun berjaya menyekat pergaduhan daripada menjadi lebih serius dengan pembabitan jumlah penyokong Liverpool yang ramai.
Hasrat Liverpool untuk meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 24 tahun lalu tanpa menghabiskan baki perlawanan terbantut apabila mereka tewas 0-2 kepada Chelsea.
Persaingan liga juga semakin terbuka apabila Manchester City berjaya menewaskan Crystal Palace 2-0 hasil jaringan Edin Dzeko dan Yaya Toure.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment