ONEXOX
BannerFans.com

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid terlalu kuat

on Monday, April 14, 2014

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.



Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.





Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said.


Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 124 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Ya allah ya tuhan kami,ampuni lah dosa-dosa kami..permudahkanlah segala urusan kami.lindungi lah kami dari hasutan syaitan yg di laknat oleh mu.. jauhi lah kami dari azab api neraka mu ya allah...


April 14, 2014 at 4:37 PM
Unknown said...

waktu baca dlm fb, terdetik d fkiran, mest ada crita d sebalik nie.. hnya Allah lebih mengetahuinya.. jgn bsangka buruk trus n jatuh hukum pada mnusia,sdgkan kita hnya mbaca melalui media sosial..

http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/stimulate-atau-rangsang-pengeluaran.html


April 14, 2014 at 5:12 PM
Unknown said...

Bagus pencerahan ini... saya pun salah sangka pd pak cik tu.. Semoga kita semua dilindugi dr fitnah


April 14, 2014 at 5:15 PM
Anonymous said...

15 speaker...mak ai...kalau aku lah tak taw camana...bukan nak ngata benda xelok...tp jika bacaan itu sehingga mengganggu ketentraman org lain pun xelok rasanya...memadai la jika dapat didengar tp bukan sampai nk mengganggu ketentraman orang...ni la masalahnya....


April 14, 2014 at 5:23 PM
Unknown said...

Tak sepatutnya wartawan menulis dgn tajuk yg sebegitu... Kalau skali baca tajuk memang akan salah sangka.


April 14, 2014 at 5:27 PM
Kak Mahh said...

Selalu nya orang tua bertindak bijak...hanya kita yang muda cepat melatah.


April 14, 2014 at 5:36 PM
Anonymous said...

Dalam islam ada toleransi,hormat menghormati dan menyayangi antara sesama umat. Jgn kerana 15 biji speaker islam akan dilabelkan sebagai angkuh oleh bangsa yg lain.


April 14, 2014 at 5:41 PM
Unknown said...

dulu surau kat rumah aku pun nyaring jugak bunyi nye. aku ada gak risau sebab separuh keliling surau tu byk agama lain. skrg dah ok tak rasa resah memikirkan nye.


April 14, 2014 at 5:46 PM
Anonymous said...

Senang nya kita medapat dosa.Kerana headline dlm npaper smua org mengutuk dier.Minta maaf pakcik.


April 14, 2014 at 5:53 PM
Anonymous said...

Minta maaf... Saya salah sorang yg mengumpat....


April 14, 2014 at 5:58 PM
Anonymous said...

Di ALAM KUBUR apakah dengar AZAN dan pada ketika itu SEKELIAN SEDAR apakah berguna, mengapakah punya lah banyak kesalahan ugama lain melakukan ibadat apakah tidak mengganggu,


MUSLIM tidak sama MUKMIN moga PARA MUSLIM BERSATU BERHEMAH AKHLAK MULIA. FATANAH


April 14, 2014 at 6:00 PM
Anonymous said...

Astaghfirullah.. Mohon ampun atas salah sangka..


April 14, 2014 at 6:01 PM
Anonymous said...

Bila saya baca tajuk nya..saya memang dah agak...saya sokong pakcik nih..sebb saya pernah mengalami apa yg pakcik alami...


April 14, 2014 at 6:35 PM
Anonymous said...

Ya Allah ampunkan dosa ku kerana bersangak buruk pada pakcik ni....


April 14, 2014 at 6:53 PM
Anonymous said...

Kalau kita beribadat (baca Quran)sehingga menggangu orang lain juga berdosa


April 14, 2014 at 6:57 PM
Anonymous said...

BENGAP KE APA.. KORANG ANUT AGAMA APA.. KITA KALAU PERTIKAI SIAP BUAT REPORT POLIS APA KESIAL NYE.. KNPA KO XDIRECT PG MASJID KTA ADA JAWATAN LAH HAPA LAH.. KLU MLYU DH PERTIKAI KORANG XRASA KE BANGSA LAIN GELAK KN KITA.. KORANG YG SETUJU NGN POK CIK NI MMG LAHANAT.. MUNGKIN BANGSA LAIN KETAWAKN KITA.. KUTUK KITA.. KORANG NI MMG CACAT.. SEDANGKN KLU KITA DGR SAJA2 DPT PAHALA.. DH TAU KUAT BAGAI JUMPA LA IMAM SLOW TALK CKP TEPI.. CKP LA NGN LEMAH LEMBUT CKP TERLAMPAU KUAT NI.. KALAU KORANG JUMPA PAK CIK CACAT NI MINTAK PENCERAHAN MMG LANCAU LA.. CE KORANG PEGI MINTAK PENCERAHAN KT MASJID TU MUNGKIN PIHAK MASJID PASANG KUAT SEBAB XRAMAI YG NK MENGIMARAHKAN MASJID.. MUNGKIN PNDDUK KT SITU RAMAI YG XKE MASJID.. KITA MANA TAU.. JGN JD ANJING YG SUKE MNYALAK.. WALAU MCM MANA ALASAN SI POK CIK NI AKU TETAP XSETUJU..AKU HARAP DIE MATI NNT JGN ALUNKAN BACAAN QURAN..


April 14, 2014 at 6:59 PM
Aduka said...

baca artikel ni utk menambah pengetahuan tentang isu ini....http://drmaza.com/home/?p=1339


April 14, 2014 at 7:00 PM
Anonymous said...

anonymous 6.59 anjing menyalak bukit mcm mengata diri sendiri.indah budi bahasa tuan bak rasulullah...


April 14, 2014 at 7:14 PM
Anonymous said...

selalunya komputer yg tiada masalah akan beroperasi dengan lancar...tapi kalau selalu "hang" maknanya ada virus...dan kita akan cepat-cepat scan virus...begitulah juga dengan manusia..apakah "virus" yg ada pada manusia....pernahkah kita scan virus tersebut...fikir-firikanlah.....sekadar berpesan-pesan.


April 14, 2014 at 7:20 PM
Anonymous said...

Sembang kuat lah lu mamat. Bak sini aku letak 15 speaker dalam rumah kau, kau nak cakap apa? Benda betul kot kalau pasang kuat kuat tp kalau orang yg cakap takpe, nie mp3 dengan radio je sume nak gi mana


April 14, 2014 at 7:20 PM
Anonymous said...

Apalah...dah ada org bg pencerahan pon msh ada yg mengutuk bagai. ..nmpk sgt bg je tajuk akhar...kan pakcik tu da bg th ajk masjid. ..andai pencerahan ini betul saya juga mohon maaf sbb bersangka buruk....


April 14, 2014 at 7:27 PM
Unknown said...

Tp dlm laporan polis dia mention tahrim dan laungan azan terlalu kuat.. Maknanya dia xsetuju kelantangan azan.. Xperlu report kelantangan azan..


April 14, 2014 at 7:28 PM
Anonymous said...

Cuba baca lapuran polis yg di buat dia dah cakap kat pihak masjid kat jabatan agama semua ambik lewa sampai dia terpaksa buat lapuran polis sebagai jalan terakhir.. sama juga saya di sini bila dengar ceramah agama dari masjid berhampiran memang kuat apatah lagi bila penceramah yg terlebih bijak menjerit jerit bila tekan kan sesuatu isu tu belum kira bab kata mengata kerajaan sindiran2 yg tak kena pada tempat.. kadang2 kita tidak lalui kita tak tahu.. hanya pandai mengata tanpa ambil tahu hal yg sebenar.. agama islam itu indah dan mudah penuh dengan sifat toleransi dalam sesuatu hal.. yg menjadikan masalah selalunya manusia yg terlebih bijak yg ikut hati... walahuallam.....


April 14, 2014 at 7:30 PM
Anonymous said...

Yang komen kutuk-kutuk tu aku harap orang tu cuba pindah betul2 sebelah masjid atau surau di mana speaker tu di halakan tepat ke bawah kat rumah korang bukannya ke atas..dok lama sikit bawak sekali anak2 kecil n baby korang barulah korang tau....aku cakap pasal aku aku pernah dok sebelah surau la..tapi bezanya orang surau tu boleh di tegur .


April 14, 2014 at 7:35 PM
Intan Faznita said...

15 biji corong speaker?! Biar betul!
Anyway, sy sokong sangat2 dgn En Md Said. For info.. umah sy di Tingkat 4 Blok D.. manakala surau pula Ground Floor Blok C. Sebelah menyebelah je! Wlu pn speaker cuma 'satu' tp btl2 mengadap ke rumah sy.. so mmg agak mengganggu anak kecil yg sedang tido klu lama sangat bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain selepas solat Isyak..


April 14, 2014 at 7:41 PM
Unknown said...

Ini lah tqndanya bodoh.report bab lain.jelaskan bab yg lain..merepek lah pula pok ni..isk isk akai ada ka


April 14, 2014 at 7:46 PM
Anonymous said...

ko da bgs sngt da ker nak hukum2 org nie??


April 14, 2014 at 7:47 PM
Unknown said...

Terima kasih atas pencerahan yg diberikan. Minta maaf kepada pakcik yg buat report polis kerana salah faham. Semoga dijauhi segala fitnah akhir zaman amin..


April 14, 2014 at 7:48 PM
Unknown said...

Awk tu pula melayu.islam.report tentg azqn.ajak berbincang.bila dah kena bg alasan pun tqk kena.buat mqlu kita sesama islm


April 14, 2014 at 7:49 PM
Anonymous said...

Saya juga ingin mohon maaf pada Pak Said tu, pada awal melihat tajuk itu terdetik apasal pula pakcik. Tapi setelah pencerahan saya faham, saya juga tinggal sebelah masjid tapi alhamdullilah taklah sampai macam tu. cuma, kita yang saudara seagama ni jgnlah komen sampai guna bahasa-bahasa yang kasar, itu lagi diketawakan oleh agama dan bangsa lain.....untuk saudara yang telah memberikan pencerahan saya mengucapkan terima kasih atas keberanian untuk membetulkan keadaan...semoga diberkati Allah


April 14, 2014 at 7:53 PM
Unknown said...

Ini bkn soal bagis.ini soal akidah.kalau dah sampai kepengtahuan umum,tak ke memalukan kita sebagai islqm.kalau nak report boleh reportlah yang berkenaan.tapi jgn report pasal azan.azan ni pada org islam sgt besarbdn mulia ertinya.berbincanglah pasal hal yg bersangkut dgn ajk, asjid ataupun surau.baru melambanglan akal kita yang baik.jgn nak dilapor.apa dah...


April 14, 2014 at 7:55 PM
Unknown said...

Biasalah Orang politik....nanti adalah Dato2 yang tunjuk hebat untuk selesaikan masalah yang sengaje ditimbulkan....Ni....Mana pegi AJK masjid ...jawablah ...jangan makan gaji buta..........lawat rumah2 jiran yang berdekatan tanya masalah.....IMAM/BILAL/AJK selalulah datang melawat rumah penduduk. ( jangan harapkan orang tabliq yang datang ) sesekali biar Pak IMAM yang datang ziarah...Barulah Tuan rumah tak menyorok.


April 14, 2014 at 7:56 PM
Anonymous said...

ko nie ckp ikut sdp bhsa jer....cuba ko fahami ape yg tlah ditulis kat atas tue...bab agama nie jgn nak ego lah...puuiieee


April 14, 2014 at 7:57 PM
Anonymous said...

Haah... ko ni dh knapa ?? Kan dia ckp. Dia dh jumpa jawatankuasa masjid tu tp diorng x hiraukan dia...so salah ke klu dia buat report? Klu dh dr tahun 2002. X lamake tu? Tu yg pakcik ni buat report bg pihak yg lain. aku mmg tinggal berdekatan dgn kejiranan ni mmg dgr sgt kuat speaker tu. Korang x kt tmpt dia. Jgn nk hukum org bagai. Layak ke kita nk menghukum org? Kita sapa??? Dpt apa??? Allahualam.


April 14, 2014 at 8:00 PM
Anonymous said...

Ko dh hebat sgt ke nilai org. Bhsa mncrminkn adab..ko adab pun xde..mencarut lagi...ko sape nk ckp klu pakck ni mati xde org laung azan? Doa la moga ko mati dalam iman ..ckp mcm dh confirm syurga..bodoh! !


April 14, 2014 at 8:00 PM
Anonymous said...

Rasanya yg ngutuk tu kna tinggal sehari dekat masjid yg ada 15 speaker...15...woi bnyak tu...lainlah klu speker tu kecil batak mcm duit sepuluh sen....azan ada suatu laungan yg indah...oleh kerana dsalahguna...ia akan mndtgkan ktidakselasaan pada tlinga yg ingin mndgrkan laungan yg indah itu...


April 14, 2014 at 8:18 PM
Edy Wok said...

Den sokong umno, umno best, idup asan malek!


April 14, 2014 at 8:19 PM
Anonymous said...

banya betul org membebel yee...ada yg membebel..padahal diri sendiri x tutup aurat..ni yg memekak kat dlm ni korg g masjid x...jgn jd munafik ye kawan2..


April 14, 2014 at 8:25 PM
Anonymous said...

Speaker kna letak tinggi (buat menara) supaya bunyi dpt didengari secara lembut dan sekata. Tidak tertumpu kpd rumah2 yg hampir dgn masjid atau surau.
Dari pengalaman sbg kariah.. bukan senang nak beri teguran kpd AJK Masjid.. boleh menimbulkan perbalahan.. mereka ada kalanya tidak dpt menerima teguran.. wallahu'alam


April 14, 2014 at 8:29 PM
Anonymous said...

Ko ni x bace smpai hbs..eja pn tggang lggang..ke reti bace tp x reti phm..?


April 14, 2014 at 8:41 PM
perantaujalan2 said...

Daripada bahasa je dah melambangkan diri..ko baca dan fahami x artikel tu.sedangkan JAKIM dah tegur pun masih xde ape2 tindakan.ni kan pulak pakcik tua nak tegur..mungkin die fikir bile buat report tindakannya lebih berkesan.macam skarang ni.dan semua ni Allah dah atur..inilah hikmahnye.banyak hikmah dapat dari peristiwa ni.bagi aku,orang macam ko ni la yang lebih memalukan bangsa melayu dan agama islam.bahasa ko memang hebat..


April 14, 2014 at 8:43 PM
Ooo said...

Slow talk tepi. Cakap dengan lemah lembut. Dah tau yang kau kemain mencarut ni apa pulak? Kah kah kah.


April 14, 2014 at 8:53 PM
Anonymous said...

Tengok gaya dan bahasa ko pyn dah tahu ko ni jenis camne...


April 14, 2014 at 8:54 PM
Erfan Shakir said...

Penjelasan yg bagus. Tiap2 yang berlaku pasti ada sebabnya


April 14, 2014 at 8:54 PM
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasih Pakcik dan kpd yang mencerahkan situasi. Tiada siapa yang tak suka azan berkumandang, kerana syaitan lari berterbangan. Tapi sebagai insan kita seharusnya mengerti suara 15 speaker!!!


April 14, 2014 at 8:57 PM
Unknown said...

Kenapa pihak polis dedahkan report pakcik tu..sebab tula byk org salah sangka.. smpai org dtg uma pak cik tu..mne privasi pakcik tu.. klau ada org smpai pkul pakcik tu spe nak dipersalahkan... sye sokong admin pnya artikel jika benar itu yg dihadapi pakcik tu...


April 14, 2014 at 9:07 PM
Anonymous said...

Pertanyaan simple. Macam mana gambar report boleh masuk alam maya? Bermula sekeping gambar, Islam pun berpecah belah. Heh..mari kita mengaji.


April 14, 2014 at 9:07 PM
Anonymous said...

yg sebenar pakcik tu report pasal yg mana satu...klu tahrim atau ceramah tu oklah...mmg x perlu kuat2..klu azan pun skli dia report...terpaksalah dia pun salah..yg tulis tajuk berita tu pun kena dipersalahkan klu pakcik tu x report pasal azan


April 14, 2014 at 9:13 PM
Anonymous said...

Kenapa perlu resah pkirkan agama lain. Kenapa tkt dilabel angkuh oleh bangsa lain. Bangsa melayu sering bertolak ansur. Bangsa lain.... aku duduk kt tmn. Nk buat surau dorg bantah sbb toleransi ngan agama lain. Kita setuju. Bila anjing merayau, asap colok masuk rumah, bising bila raya dia kene tolak ansur. Melayu dh mcm x de maruah.
Tp aku setuju ngan pak cik ni. Cukup sekadar azan dn tahrim dlm 5 mnt supaya kita bersedia berjemaah. Utk ceramah dn kuliah guna speaker dlm.


April 14, 2014 at 9:14 PM
Anonymous said...

Ntahnye.... yg ko lancau bagai tu, mengimarah masjid ke? Senang cite,xpayah nk jaga org sana sini. Jg diri sendiri dulu. Jgn nk mengaku islam kalau bahasa ko pn mcm tu. Islam tak mcm ko la....


April 14, 2014 at 9:14 PM
Anonymous said...

mana gambo 15 speaker?


April 14, 2014 at 9:15 PM
Anonymous said...

Baca dan faham btol2... Jgn main sembur je... ko x baca ke? Kan pakcik tu antara jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid tu. Dh dibgtau kat AJK masjid. Siap JAKIM sendiri pon dh tegur. Dari tahun 2002 lg. Baca pon x trus nak jatuhkan hukum... Manusia ape le ko ni...


April 14, 2014 at 9:28 PM
Unknown said...

no relevent....if non muslim can lives besides the mosque and suffered for everyday noises, why you as a mouslim can't...? Bullshit....nonsense and idiots enlighten also explainations !


April 14, 2014 at 9:34 PM
Anonymous said...

Mmg jahil jugak ko ni... ko tu sape nk kata org lahanat? Diri sendiri pon xbetol,nk menghina org...ko ni mesti slh sorang penyakit mental...sedangkan dlm solat pon xleh baca terlalu kuat sehingga mengganggu jemaah lain,ini kan pula 15 speker.. at least pakcik salah seorg ahli jemaah yang istiqamah...ko ada mcm tu??? Akal tadak ke ko ni... wat rugi je hidup.. tapi xnk blajar...


April 14, 2014 at 9:39 PM
Anonymous said...

TAK BAEK KORANG KUTUK PAK CIK TU..sebelum tu korang kene pikir jugak, mustahil seorang islam nak buat report kalau mende tu tak melampau. Kejiranan sy jgk penah lalui mende macam ni.. Bacaan ayat2 alquraan, atau azan tak salah.. Tapi kalau dari pkol 11 pagi org masjid pasang ayat2 alquraan sampai azan zuhur… stop kejap… kol 3 sambung pulak sampai azan asar.. pastu kol 5.30 sambung pulak sampai azan magrib… pastu seterusnya..agak2 apa perasaan kejiranan kat situ yg rumahnya hanya beberapa langkah je ke masjid.. Speaker di pasang terlalu kuat sampaikan nak bercakap di dalam rumah tak dengar apa.. Budak2 kecik mmg meragam… Hampir setengah tahun kami alami mende ni.. naseb selepas perbincangan perkara macam ni tak berlaku dah… :).. ~~~ sekadar perkongsian ~~~ jadi sebelum mencemuh sesiapa cuba letak diri kita kat tempat pakcik tu n pk KENAPA? MENGAPA? BAGAIMANA? SIAPA? tentu korang tak mengutuk sesuka hati…. ~~~ Wassalam……...


April 14, 2014 at 9:39 PM
Anonymous said...

Islam memang begini. Nombor 1 kalau bab2 begaduh.. i rest my case guys. Ciaoo.


April 14, 2014 at 9:51 PM
Anonymous said...

Jgn cakap yg yg kotor dan x elok.nak tegur..tegur lah elok elok.ni maki maki....ya rabbi....


April 14, 2014 at 9:54 PM
Anonymous said...

saya pun nak mohon maaf dgn pakcik ni... bab dah brprsangka buruk kat dia.. mohon d maafkan.. yg baik dtgnya dari allah, n yg buruk dtgnya dari diri saya sendiri




April 14, 2014 at 9:56 PM
Anonymous said...

Jgn jadi anjing yg menyalak..sama mcm ko la. Bahasa org xde akidah..sdp2 ko guna bahasa kn. Org mcm ni selalunya kosong..dlm dada xde ape2...mati nti jadi mcm bangkai haiwan...bodo sapa ke mapuhhhhh...


April 14, 2014 at 10:00 PM
husnatalie said...

Jgn kita tergolong dlm 'jalil', abg/kakak. Tindakan pakcik tu lebih bagus dr ayat awak. Cuba baca slow2, fahamkn bait2 perkataan slow2, mesti fhm maksudnya kn? Ni kelamkabut nak gi mana yg baca laju2 sampai semua isi dlm tu xbaca? Pengarah Jakim sndiri dah tegur masjid2 yg buat benda yg sama, tp ada yg berdegil. Inikan pulak pakcik tua tu? Words are so cheap, abg/kakak. Jgn jual diri melalui prkataan. Nanti hatga diri jd murah, kesiannya lg, xde nilai! So becareful of ur words. Allah tu Maha Adil ;)


April 14, 2014 at 10:16 PM
Anonymous said...

KAN SENANG KITA BERBALIK KEPADA ISLAM ITU SENDIRI MENYURUH UMATNYA BERSEDREHANA DALAM SEMUA PERKARA... KALU NAK MENYAMPAIKAN ILMU OR MENYERU ORANG RAMAI SEKALIPUN ADA ADABNYA..


April 14, 2014 at 10:21 PM
Fawwaz89 said...

Aiyo... dlm report polis komplen benda lain... kt cni komplen benda lain plak... adoyai... belit la pokcik ni...


April 14, 2014 at 10:25 PM
Anonymous said...

Kenapa pasang 15 speaker .. paling banyak pun aku pernah tengok 4 speaker dah boleh cover keliling..ni 15 ..banyak sangat tu..apa motif ..?


April 14, 2014 at 10:39 PM
Anonymous said...

Umat akhir zaman ramai yg mcm ni. Brckp psal agama, hukum, hadith mcm golongan bijak pandai... tp bila tgk bahasa nya langsung tk mngambarkn golongan yg bragama


April 14, 2014 at 10:55 PM
Anonymous said...

bila anjing yg sebenar sudah menyalak....senyum sajalah...mungkin hamba Allah kt ats tu tak baca n fahami betul2 artikel ni..sedih lah..baik jd anjing betul2 drpd org2 yg baca teguran anda tu menyumpah seranah anda. sbg manusia yg berakal. maruah anda mungkin lbh hina drpd anjing skrg. maaf utk komen ni. sekian.


April 14, 2014 at 10:58 PM
Anonymous said...

Allahhuakbar3x betapa senangnya kita dipengaruhi oleh fb, wsap dll terus ambil keputusan menyalahkan pak cik tu btp senangnya kita tambah dosa2 kita agama islam kan agama mendidik bkn menghukum muhasabah lah diri kita tmsk diri saya Allahhuakbar


April 14, 2014 at 11:05 PM
Anonymous said...

Semua salahkan Pok Cik tu & Jawatankuasa masjid..pada saya yg salah adalah Org yang menyebarkan salinan report polis tu & surat2 khabar yang hanya bercerita tentang laporan polis oleh pakcik tu tanpa menyatakan / mendapatkan penjelasan dr pelbagai pihak sebelum berita ditulis..so fikir2kanlah..elok kita lihat siapa diri kita d kala ini disisi Allah drpd kita sibuk nak memburukkan org lain..mohon kemaafan..


April 14, 2014 at 11:19 PM
MIZHAR MAZLAN said...

Dr Ismail Ibrahim tak pornah jadi pengarah JAKIM, kok pengarah IKIM adolah!!


April 14, 2014 at 11:29 PM
Anonymous said...

Assalamualaikum...

Jika kita membaca alasan mang munasabah...sy pun akan marah jika ceramah mengunakan speker luaq dan sy pun dah pernah menegur surau di tmn sy kerana kedengaran seperti sedang marah2...akan tetapi di dalam laporan polis tersebut tidak dinyatakan ceramah, cuma azan sahaja...sedangkan azan x sampai 5 minit


April 14, 2014 at 11:44 PM
Anonymous said...

Bile.nak abz nih?


April 14, 2014 at 11:55 PM
Unknown said...

Klau nk gaduh jngn nk babit bangsa2 ni. Ko ingt bangsa ko je ke kt dunia ni. Sdrlh sikt. Bckp jngn ikut mulut. Tp pkai otak sikit. Pak cik tu buat mcm tu utk bangsa ko jugk. X matang btol. Brpalh umor ko tu


April 15, 2014 at 12:04 AM
Harry T said...

ORANG ISLAM YANG BERILMU..FAHAM TENTANG TUJUAN AZAN... PASTI AKAN MELAPANGKAN DADA DENGAN ISU INI.
KEPADA YANG TAK FAHAM BAB AZAN... RUJUKLAH KITAB-KITAB AGAR JELAS.
BILAL DAN IMAM HARUS FAHAM DAN TAHU CARA DAN MASA BILA MELAUNGKAN AZAN. aPA YANG DAPAT DILIHAT DISINI... KEBANYAKAN BILAL&AJK MASJID DIMALAYSIA MASIH BELUM ADA ILMU YANG LENGKAP DALAM BAB AZAN INI. SEMOGA ISU INI MENJADI CONTOH KEPADA KITA. JOM BILAL&IMAM&PENGERUSI MASJID... KITA BELAJAR... KITA BELAJAR LAGI WALAUPUN SERBAN DAN JUBAH KITA PALING CANTIK DIDALAM KARIAH KITA. BUKALAH MATA.


April 15, 2014 at 12:11 AM
Anonymous said...

abis sudah......tau x siapa yg bertepuk tangan?


April 15, 2014 at 12:25 AM
Anonymous said...

Abaikan org xckup akai ney..memalukan


April 15, 2014 at 1:02 AM
Unknown said...

Setuju dengan KFZ. Azan dan tahrim x perlu dikatakan mengganggu. Cuma aktiviti lain sebaiknya menggunakan speker dalaman masjid/surau. Untuk semua Ahli Jawatan Kuasa, tidak kira apapun bentuk persatuan dan pertubuhan....moral off the story...terimalah dengan hati terbuka setiap teguran yg ada asas dan ada nilai positif.


April 15, 2014 at 1:25 AM
Anonymous said...

Macai Umno nih.. Geng Perkasa .. Samseng atas nama agama.. Dia ingat Allah menyebelahi dia la tue.. Xder nya..


April 15, 2014 at 1:35 AM
Anonymous said...

Dari bahasa yg digunakan oleh org yg komen ni kita dah tau bertapa ceteknya akal dia. Lagi nak doa bukan2 utk org tua tu. Bahasa mcm ni ke guna nak cakap utk bg bangsa lain respect bangsa anda? Budi bahasa xbelajar ke?


April 15, 2014 at 1:48 AM
zack said...

Walau apapun alasannya..laporan polis bukanlah caranya. Bermesyuarahlah. Dah lanjut usia. Sepatutnya sudah sebati dengan masjid. Peliharalah agama. Jangan dicanang perasaan resah hingga satu dunia tahu. Menjadi modal yng x sihat bagi bangsa lain utk bercakap tentang kita. Bagaimana mungkin kita nak menguatkan agama kita?


April 15, 2014 at 1:58 AM
Unknown said...

Akhir zaman bila fitnah berleluasa... Bersangka baik lebih baik dari bersangka buruk. Senang-senang menjatuhkan hukum pada orang lain padahal diri sendiri pun tak cukup sifat terpuji...


April 15, 2014 at 2:17 AM
Anonymous said...

ni mesti jenis xkeluar rumah...keje nak sound org...


April 15, 2014 at 2:36 AM
Melur said...

Encik penulis..tahrim bukan tarhim. Yg kedua kenapa dalam report tu takde mention 15 bijik speaker dan siri ceramah haji yang diudarakan sampai pukul 11 mlm? Bukan ke mengelirukan dan menimbulkan salah sangka bila yg di mention cuma tahrim dan azan. Berhati hati bila membuat repot kerana kekeliruan yg timbul bukan saja di kalangan muslim tetapi bukan muslim juga.

Kita yang membeti komen juga perlu berhati hati ..sekarang kebebasan memberikan pendapat menjadikan kita orang yang mengomen sesuka hati tanpa fakta...media telah menjadi alat penyebar fitnah yg efektif.


April 15, 2014 at 2:43 AM
Anonymous said...

kesian awang ramlee ni... kena masuk kelas pemulihan bahasa... artikel simple mcm ni pun xfaham


April 15, 2014 at 3:24 AM
Anonymous said...

Ko tu lg teruk dari pakcik yg ko hina2 tu.. mesti otak kat bontot time ckp ni. Kesian..


April 15, 2014 at 3:36 AM
Anonymous said...

Azan elok kuat2 ,tp seelok ny jgn smpai m'gundang fitnah & kemarahan,kite org islam kn,jgn suke terus m'hukum :)


April 15, 2014 at 3:38 AM
Anonymous said...

Pakcik ni da repot byk kali kat ajk masjid la. Jgn nk hina die. Die da takda tmpt lain nk adu da sbb x dilayan.


April 15, 2014 at 3:45 AM
Anonymous said...

Cerita pakcik ni bukan sebab azan je....come on...baca lebih sikit dan anda akan lebih faham. Jgn kerana agama lain byk mengganggu n buat salah kita nak sama tarafkan ketinggian toleransi agama kita dgn agama lain. Agama kita full of resoect dan kalau org lain x tenang dgn peel kita...adakah akan timbul lebih respek atau lebih prasangka? Peace.


April 15, 2014 at 4:18 AM
Anonymous said...

Pasang 15 bijik speaker kt telinga dia...baru dia rase


April 15, 2014 at 4:19 AM
Anonymous said...

Pegi la sendiri tengok kat area umah pakcik tu. Suma nak suap jeee....usaha la sikit


April 15, 2014 at 4:29 AM
Anonymous said...

Ahhh....anda terlalu skeptikal bangsa lain mengata kita...bangsa lain mengutuk kita. Itu je je dlm fikiran anda? Mmg x maju le kalau asyik berprasangka org agama lain sikit2 nak mengata...sikit2 nak mengutuk kita


April 15, 2014 at 4:34 AM
Anonymous said...

Dah nama pun pencerahan drp jiran2 yg jugak kenal pakcik tu. So dia cerahkan le kenapa repot tu dan apa kebenarannya. Takkan la sebegitu detail nak direpot...terpulang la polis nak siasat. Kalau suma nak detail...baik tanya skali pakcik tu repot guna english ke BM? Berapa besar masjid? Berapa ramai jemaah yg solat 5 waktu kat situ? Pakcik tu gi repot bwk keta ke motor? Apa kaler baju pakcik tu masa buat repot?


April 15, 2014 at 4:43 AM
Anonymous said...

Budak2 nangis bkn sbb terganggu dgn tahrim atau azan...tp sbb sedih dgn kluarga dia tk berasa nak pi ke masjid atau pergi dengar majlis ilmu...hehe


April 15, 2014 at 5:31 AM
Anonymous said...

Kalau dah sampai buat repot polis tu tanda dah tak tahan sangat dah tu.kadang2 ada bagusnya juga buat tindakan ekstrim mcm tu.biar jadi polemik.biar banyak orang berhujah.baru ada impak maksima


April 15, 2014 at 5:52 AM
Anonymous said...

Pada pendapat sayalah. Yang sempurna itu islam. Yang tak sempurna itu manusia sendiri. Waimah kita sendiri tak sempurna. Buat apa nak malu dengan bangsa lain? Agama lain? Inilah masanya kita nak tunjukkan pada mereka, bukan sahaja islam agama yang sedia sempurna tetapi penganutnya juga memainkan peranan penting dalam mengharmonikan kesempurnaan islam. Jelaskan pada mereka, lebih2 lagi dengan tambahan bukti disini. Anda mampu!!
Wallahualam.. Sekian. He3


April 15, 2014 at 5:58 AM
Anonymous said...

Nak ajer dikakikan org yang tak faham dengan pencerahan yang telah dinyatakan...kan dah diterangkan mengenai perkara tersebut kepada pihak masjid...ko nak maki jer kerja ko...jaga air wuduk sendiri lagi baik...


April 15, 2014 at 6:04 AM
Anonymous said...

x salah pun report..tapi klu boleh jgnla report polis terus..bincang baik2 report ke ketua kampung ke, JKKK ke, penghulu mukim ke, jabatan agama tempatan ke, YB daerah ke..sbb bila kita hidup bermasyarakat ni kena jgk jaga sensitiviti masing2..stigma masyarakat bila dah report polis tu dah disabitkan dgn jenayah..padahal speaker kuat sgt bukanlah jenayah besar pun..wallahualam.


April 15, 2014 at 6:36 AM
Anonymous said...

Bro..jgn ckp psl islam jika bahasa x seindah kata..malu pd diri sendiri..lgpn sekadar bg pandangan dlm ni x mendatangkn apa2 faedah melainkan hny dosa..


April 15, 2014 at 6:39 AM
Anonymous said...

Rasanya pok cik ni wat report polis xde la expect smpai jd mcm ni..xde dia mntk smpai publish mcm ni..ni sapa yg memula publishkn benda ni tanggung la..elok benda ni x kecoh.. .komen..fitnah..mengeji..kompom la klau pokcik tu bertindak betul x ramai yg msuk syurga selagi x mintak maaf..pokcik tu xdo FB nk tgk korang pny maaf..cr pokcik tu salam cium tangn..nk sgt tunjuk pandaikn..islam x ajar bnda2 yg korang buat ni..bbykkn prasangka baik..tuntutan sebagai hamba Allah..


April 15, 2014 at 6:53 AM
Anonymous said...

entah2 yang komen ni kafir kot... saja nk lagakan kita... huh


April 15, 2014 at 8:02 AM
Anonymous said...

Spatutnya ajk masjid lbih prihatin. utk azan guna speaker luar kl ceramah guna speaker dlm.dmi mnjaga sensitiviti masyarakat sekeliling. smoga islam dipandang mulia.....


April 15, 2014 at 8:12 AM
Anonymous said...

Dituju Khas kepada Mereka Mereka yang Mengutuk Pak Cik yang buat Report Ni... Untuk pengetahuan Korg, Pak Cik ni memang BERHAK buat report....Nak taw kenapa? Sebab Pak Cik ni dah SLOW TALK dgn pihak AJK MASJID, tapi takde ape2 tindakan. Dan ade gak yg mengutuk mcm yang korg bace kat gambo2 atas tu...gambo yang ade MEMO kat pagor rumah Pak Cik tu... Pak Cik ni dah lame sabor, bukannye semlm baru dengo AZAN & BACAAN TAHRIM yang kuat, then hari ni teros buat report polis. Rasenye, kalo ORANG2 YANG MENGUTOK ade kat tempat Pak Cik ni, bukan takat sabor, rasenye mase org bace TAHRIM tu gak korg PERGI MARAH. Pak CIk still boleh sabor. Tapi Sabor manusia BERBATAS...

Actually, rumah parent aku kat area PERJIRANAN tu, jarak rumah parent aku 7 BLOK/ LORONG dgn MASJID tu. Dan dengan jarak tu, kitorg boleh dengor AZAN dgn KUAT. Apatah lagi Rumah Pak Cik ni yang jarak nye lebih kurang 10-20 METER JEK...Dan SPEAKER MASJID DIRECTLY MENGHALA KE RUMAH PAK CIK NI... Korg boleh bayangkan ke kalo TAHRIM dibacakan dgn LAMA? Pagi2 SUBUH lagi!!!
Aku taw hal sebenor ni sebab aku kenal kot Pak Cik Ni...Bapak aku Berkawan Dengan Pak CIk weh... So I know what actually happened. JANGAN HANYA NAK KOMEN TANPA INFO @ FAKTA YG CUKUP...
NANTI JADI MCM ORANG DAH LUDAH, JILAT BALIK...Tapi rasenye yang mengutok ni mmg dah TERASE CENGGITU KOT!!! LEPAS BACE NI...KAN?


April 15, 2014 at 8:17 AM
Anonymous said...

Aduss.....mamat nie x paham2 bahasa tul! Awang Ramlee, ko dok baik2, tarik nafas panjang2... Baca artikel nie plahan2 smpai habis...baru komen!! "jgn mnilai sesebuah buku hanya dari kulit bukunya sahaja"


April 15, 2014 at 8:23 AM
Anonymous said...

Syaitan yg bertepuk tangan sb kita sesama umat islam mnjahanam diri dgn mnambah dosa sperti fitnah & kutuk-mgutuk..


April 15, 2014 at 8:39 AM
Anonymous said...

Ilek brader..brader ilek. Cool..chill..bule runding lg ni. Azan kuat ye...kt g surau. Ceramah kuat ye...kt g surau. Mn tau kot2 dlm surau tu slow siket dia punya volume. Ini semue blh bwk bincang....xbolh bincang?? Xpun kalu xboleh thn bising...kt pegi azan hr2... confrm kt x terganggu. Urusan kt dgn Allah urusan akhirat...urusan kt dgn manusia...urusan dunia...boleh bincang lg ni. Ilek....


April 15, 2014 at 8:54 AM
Anonymous said...

Gua setuju sama lu lah Syartuni. Ini mslah speaker bukan mslh azan atau ceramah.


April 15, 2014 at 8:57 AM
Anonymous said...

Kenape spi 15 pembesar suara..4 biji dh cukup uk 4 penjuru mesjid. Ajk mesjid pun cubalh bertimbang rasa sikit dengan jiran sekeliling. Cam juga kpd Tok2 Iman.. kalau baca ayat tu jgn panjang2...nabi pun suruh bca ayat yg ringkas atau pendek2. Kebanyakan yg mengimarahkan mesjid tu warga emas...bediri lama pun nk kne pki tongkat...tak semua org mcm tok imam boleh berdiri berjam2....nanti ada pulak report polis pasal imam baca surah panjang...wallahualam.


April 15, 2014 at 9:00 AM
Unknown said...

awang ramlee....oiiii!!! bersihkan hati tu. Baca betul-betul artikel tu. Tengok gambar nampak mcm bodoh tp bila baca komen confirm bodoh rupanya.


April 15, 2014 at 10:16 AM
Anonymous said...

Tetibe wa rasa nk tadbir kt telinga lu la.. x pun azan tpi nk pki speaker ngn mic.. boleh? Baca dulu br terpekik3.. lu pun g la jumpa pakcik tu discuss elok2. X baik hina3 org.. wa marah, org keliling marah, ALLAH SWT lg marah..


April 15, 2014 at 10:27 AM
Anonymous said...

Dh bincg dan dh d tegur pihak jakim tapi tiada tindakan di ambil.laporan polis di buat oleh seorang PAKCIK.mgkn bahasa @ susunan ayt dalam laporan tak berapa kena.tapi kena paham la.LAPORAN DI BUAT OLEH SEORANG PAKCIK.wallah a'lam.


April 15, 2014 at 12:17 PM
Anonymous said...

Allah swt tak tengok pun brape bnyk speker dan brape kuat bunyi azan ru Allah swt hanya pandang amal yg asa didlm masjid... Sekian...


April 15, 2014 at 12:26 PM
Anonymous said...

Dosa kita dengan Allah kita mohon maaf secara direct. Dosa kita dengan manusia pun kena ddirect dengan tuan empunya diri. Allah Maha Mengetahui. Manusia tidak. Jangan ingat mohon maaf di website ni tuan empunya diri tahu yang anda membuat fitnah atas dirinya. Jangan terkejut pula diakhirat kelak pahala anda Allah beri pada orang yang anda fitnah. Jangan bersangka-sangka dalam hal dosa dan pahala.


April 15, 2014 at 5:46 PM
Anonymous said...

Kesian pulak baca komen orang ni. Kalau betul orang beriman, tak mencarut. Bahasa tak kasar. Cakap bahasa berhikmah. Tak mendoakan keburukan utk org lain. Ini yang digambarkan sungguh berlawanan. Jangan doakan yang buruk2 buat orang lain, takut takut doa tu balik kat kita sebagai pengajaran dr Allah. Allah bg kita sama2 Islam, sama2 nk hidup dan mati dalam kebaikan. Sama2 nk masuk syurga. lagi satu, baca dengan teliti dulu b4 komen. Jangan main tulis je. Nnti nampak kekurang cerdikan sendiri.


April 15, 2014 at 9:52 PM
Anonymous said...

Apa fitnahnye. Dh terang2 report polis mcm tu. Pak cik ni kene mntk maap kt semua org. X tau la kalau dia tesalah buat report. Tp apa susah. Buat report blk. Kali ni baca btul2. Baru sain. Setakat org tlg jelaskan kt blog tu bukannya rasmi. Mcm nk cover blk apa yg salah.


April 15, 2014 at 10:47 PM
Anonymous said...

dlm polis repot naper tak ckp gitu...kan hal nih blh di bawakan ke ajk masjid ...perlu kah buat polis repot


April 16, 2014 at 12:12 AM
Unknown said...

yang melahanatkan org 2 dah kenapa? cakap elok2..jangan berkasar bahasa..melayu kan? islam kan? kedua2 menitikberatkan budi bahasa..jangan ludah ke langit..Islam itu indah..cakap pulak yg kaum lain gelak kat kita..kaum lain 2 gelak kat ko sorang je..org lain rilek je ckp baik2, yg ko tulis smpai huruf besar bagai..nk caci maki..nak tunjuk contoh kat kaum lain? tunjuk yg baik..bukan memalukan kaum sendiri..dh la anonymous..x berani tunjuk muka? x berani nak bagitau kaum lain betapa hebatnya ko berhujah hukum2 Allah? Allah jadikan kita khalifah..khalifah bukan camtu caranya kalau nak suarakan pendapat..Rasulullah pun x doa buruk2 kat org, inikan lagi kita umatnya yg banyak berdosa..kita doa baik2 je ye? tolong sesama muslim seluruh dunia..terasa? nama saya dah terpampang kat situ..blh contact saya terus..sekian..Assalamualaikum W.B.T


April 16, 2014 at 2:10 AM
Unknown said...

Fitnah akhir zaman,berlaku dan akan terus berlaku sehinggalah hari kiamat.subhanallah


April 16, 2014 at 2:26 AM
Anonymous said...

Setuju. Bkn anti azan tapi anti dgn volume yg keluar dr speaker. Kalo 15speaker digunakan n dipasang sampai ke pukul 11mlm, mampu ke telinga ni menahan?? huhu.


April 16, 2014 at 3:11 AM
Anonymous said...

Setuju. Sepatutnya report tu xblh didedahkn. Skrg org yg sebarkn ni tanggunglah dosa.

Org yg xtau ujung pangkal berburuk sangka. Menuduh mcm2.

sesama manusia bertikam lidah.

Pakcik kena report sekali lg ttg hak repotnya yg dh dicabuli. Kalo apa2jd kt pakcik ni, tukang sebar... tanggunglah dosa anda.


April 16, 2014 at 3:18 AM
Anonymous said...

sayang.. td pesan ckp lemah lembut semua. awak pun islam kan, so tunjukkan lemah lembut awak tu jugak. tak payah lah mencarut mengata org cacat lahanat semua.. tu bukan nilai islam tu sayang oi. lagi satu, awak pun mesti nak jugak org alunkan ayat suci al-quran waktu awak meninggal nanti kan, so tegur lah dangan berhemah dgn cara islam sayang...


April 16, 2014 at 7:11 AM
Anonymous said...

Kerana wartawan yg bodoh dan x tahu apa sebab...pakcik ni yg jd mangsa fitnah...


April 16, 2014 at 9:18 AM
Anonymous said...

Kelakarlah pakcik ni penyabar... Jiran2 dia x buat report kt balai pasal azan ngn tahrim baca kuat..... Kalau report psl ceramah ngn kuliah baca kuat blh lah terima..... X kan azan nk pelan2 sbb rmh dia dkt masjid..... Mcm mana yg tggl jauh...... X kan la speaker semua hala rmh dia..... Tahrim pon dibaca dlm masa 5 mnt sblm azan supaya bersedia ke msjd..... Rasanya kalau x selesa tggl dkt msjd baik kita pindh jauh2..... X kan nk srh msjd pndh pulak...... Kalau nk tolak ansur bab azan kuat ni utk KEHARMONIAN Individu, baik lupakan..... Sebaiknya dia tarik report psl azan kuat ni...... Kalau nk buat report baru terpulangla......


April 16, 2014 at 9:56 PM
Anonymous said...

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu - tp kul 5.45pg masih tido. Tersedar sbb speaker laungan tahrim dan azan yg kuat menyebabkan rasa TERGANGGU DAN TIDAK SELESA. Aku dh 25 thn tggl sebelah surau. Tak penah rasa terganggu. Entahlah....... Jemaah yg tak dikenali ni kebetul atau report polis betul. Sama2 lh kita renungkan.


April 17, 2014 at 3:34 AM
abe aeyo said...

kes Dengar Berita Kabar Angin Mcm ni lah jadi nya.. Kenapa tv3suku x siarkan Alasan kenapa Pokcik Ni Buat Laporan polis... Rumah Aku Dekat juga Dengan surau Tapi Di surau Ni guna 2 biji je spekar Hahahaha....


April 25, 2014 at 5:03 AM
Unknown said...

Kenape dah..taip mcm tengah goyang je..taip lah elok2..jgn mengerutkan dahi org yg nak baca..


May 14, 2014 at 5:14 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved