ONEXOX
BannerFans.com

Tunang Komen Tentang Shahrizal Jaszle Ada Kekasih Baru

on Tuesday, April 22, 2014

Bekas tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri, 26, berkata, selepas mendapat tahu Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Hanis Husna, perasaan sayangnya terhadap lelaki itu sudah pun pudar.

"Biarlah saya undur diri… Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Pada Sabtu lalu, Shahrizal, 26, telah memuat naik foto mesra di laman Instagram miliknya bersama Hanis sedangkan dia dikatakan masih lagi tunangan orang.

Wanita terbabit dalam satu laporan sebuah akhbar pada Selasa mendedahkan mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih selepas Shahrizal memutuskan hubungannya dengan Redzwani.



Dalam pada itu Redzwani enggan mengulas panjang mengenai status hubungannya dengan Shahrizal namun mendoakan agar pelakon itu bahagia dengan wanita berkenaan.

“Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.

"Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya,” ujarnya.

Ditanya adakah Redzwani masih lagi menyayangi dan mencintai Shahrizal, wanita itu menjawab: "Tidak."

Dalam laporan juga menyebut, ibu Shahrizal yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 69, pula berasa sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap hubungan anaknya dengan Redzwani sebagai sudah tiada jodoh.

Zaleha berkata, pasangan berkenaan sudah berakhir secara rasmi sejak akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani memulangkan semula cincin pertunangan.

"Secara rasminya hubungan mereka sudah putus pada akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani sendiri datang memulangkan cincin tersebut kepada saya.

"Bagaimanapun, anak saya (Shahrizal) masih mahu bersama lagi dan mereka masih berhubung seperti biasa. Sebagai ibu saya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua mereka.

Apa nak buat, mungkin tiada jodoh mereka untuk bersama," katanya dan juga enggan memberi sebarang komen mengenai kekasih baru Shahz Jaszle sebaliknya akan bertanyakan hal itu selepas anaknya dari penggambaran drama di Australia, nanti.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Sesuai la tu, mcm pinang dibelah kapak..hahah. Naik menyampah aku perangai artis2 Malaysia ni.


April 22, 2014 at 11:01 PM
Anonymous said...

dasar buaya zaman batu.!!!
jantan yang buruk perangai akan dapat pasangan yang sama buruk perangai juga..


April 23, 2014 at 12:22 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved