Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dengan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.
“Keputusan membawa Panda yang kononnya atas dasar setia kawan serta pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, ia tak lebih sekadar hiburan,” katanya dipetik Keadilan Daily
Dengan kehadiran dua ekor panda itu, bermakna Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan untuk tempoh 10 tahun.
Perkara itu dilaporkan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China, pada 15 Jun 2012.
Dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara membabitan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar bagi menempatkan pasangan panda berkenaan.
Dilaporkan, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
“Kita sangat pelik mengapa kerajaan sanggup membazirkan puluhan juta ringgit hanya untuk meminjam pasangan panda ini dari China,” kata Yahya.
Pasangan panda berkenaan tiba di terminal MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , semalam (21 Mei) dan diterbangkan dengan penerbangan khas dari China menggunakan pesawat yang dihiasi gambar panda.
Jika dua panda itu membiak, Malaysia perlu membayar RM2 juta kepada China dan hanya boleh menyimpan bayi panda terbabit untuk tempoh dua tahun sahaja.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment