ONEXOX
BannerFans.com

Ais Kepal RM80000

on Saturday, May 31, 2014

Seorang pemaju perumahan sanggup membeli semangkuk ais kepal pada harga RM80000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) bersempena dengan Karnival Amal Hari Penyayang 2014 di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Ahli perniagaan berkenaan merangkap Pengerusi Yayasan Muhibah Tan Sri Fng Ah Seng menyifatkan pembelian dilakukan itu sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan YSB khusus untuk membantu golongan kurang upaya di negeri ini.

Ais kepal dibelinya itu dari gerai jualan amal di karnival tersebut merupakan yang paling mahal pernah dibeli sejak lima tahun yang lepas.

“Saya pernah membeli ais kepal dengan harga RM10,000 pada tahun 2010. Saya kemudian membeli ais kepal pada harga RM50,000 selama tiga tahun berturut-turut antara tahun 2011 hingga 2013.

“Namun saya mengambil keputusan untuk membeli ais kepal itu pada harga RM80,000 tahun ini. Bagi saya nilai semangkuk ais kepal ini bukan ukuran kerana wang ini akan disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved