ONEXOX
BannerFans.com

Ayah Kamu Sendiri Meminta Kamu Dipenjara. Jadi, Saya Perlu Hormatinya…

on Monday, May 19, 2014



KOTA BHARU – Gara-gara mengancam mencederakan bapanya,  seorang lelaki menerima padah apabila dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Wan Mohamad Fauzan Wan Zakaria, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Ketika membacakan keputusan itu, Nik Habri berkata hukuman itu dijatuhkan kerana menghormati permintaan bapa tertuduh, Wan Zakaria Wan Ismail, 57, yang mahu anaknya itu dipenjara lebih setahun atau sehingga dua tahun.

“Ayah kamu sendiri yang menulis keterangan dan meminta kamu dipenjara setahun lebih hingga dua tahun. Jadi, saya perlu hormatinya,” kata Nik Habri.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan pada 4 Mei lepas.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad didakwa menakutkan secara jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kecederaan kepada bapanya di Kampung Bemban, Padang Kala, Melor di sini pada 6 petang, 4 Mei 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved