ONEXOX
BannerFans.com

Awas! Tembakan Rambang Menggunakan Air Gun di Ipoh Semakin Menjadi-jadi

on Monday, May 19, 2014



Menurut seorang pengguna Facebook, dia memberi peringatan kepada orang yang berada di Ipoh agar berwaspada dengan satu kejadian yang baru terjadi terhadap dirinya semalam.

Semalam, ketika mangsa sedang memandu melalui premis 7-Eleven di Jalan Pasir Puteh, mangsa mendengar satu hentakan padu pada bahagian pintu pemandu.

Keesokan harinya, dia mendapati ada sebuah lubang di bahagian pintu pemandu yang dipercayai menjadi punca terhasilnya bunyi itu pada hari kejadian.

Lubang tersebut dipercayai kesan dari tembakan Air Gun atau BB Gun yang kini mudah didapati secara online di media sosial.

Kawan kepada mangsa juga turut mengadu bahawa dia juga mengalami nasib yang sama di kawasan yang sama. Lebih malangnya, rakan mangsa itu ditembak 3 kali dengan air gun yang menggunakan peluru besi ketika sedang menunggu lampu isyarat.

Akibatnya, rakannya itu terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami. Rakannya juga membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Menurut doktor, ianya boleh mengakibatkan kecederaan  yang serius jika ditembak dari jarak yang dekat.

Pihak polis setakat ini telah menerima sebanyak 5 laporan mengenai aduan tembakan rambang yang menyasarkan kereta dan motosikal di kawasan Pengkalan dan Menglembu.

Antara 5 kejadian yang dilaporkan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian jari dan memerlukan pembedahan lanjut kerana sebahagian tulang jarinya retak. Manakala dalam kes berasingan, telinga salah seorang mangsa juga tembus ditembak dengan air gun.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved