Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih.
Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya.
Hasil kajian mereka mendapat cicak akan mereput selepas 9 hari terendam dalam kicap.. bermakna sifat & jasad cicak tu dah tak sempurna. Akan nampak tulang2 dia. Jadi.. gambar yang tersebar menampakkan cicak tu masih sempurna jasad dia. So, secara logik & secara ringkasnya untuk memudahkan korang fikir... takkan kicap tu isi dalam botol terus jual kat pasaran, ye dak?? dia ambil masa jugak.. lepas isi kicap dalam botol.. nak tampal label.. nak bungkus.. nak packing.. nak kira stok.. banyak la prose sebelum di hantar pada pengedar. Dah sampai kat pengedar.. nak2 lagi pasaraya2 besar mustahil la kan terus susun kat rak barang. Proses2 semua tu mustahil la ambil masa satu atau 2 hari. Kalau betul cicak tu dari kilang memproses kicap tu confirm la dah reput tinggal sisa2 tulang yang dah berselerak dalam botol. Tak nampak rupa cicak dah.
Jadi kesimpulannya di sini.. Jangan cepat percaya apa yang tersebar. entah2 orang tu jenis loglaq.. lepas guna kicap lupa nak tutup. Cicak yang nak jugak rasa kicap lemak manis tu tak sengaja terjatuh & dah tak boleh keluar lalu mati dengan penuh trajidis dalam botol tu.. kemudian esoknya orang tu nak masak.. tetiba tuang keluar cicak terus dia blame syarikat pengeluar produk kicap tu yang salah & tak jaga kebersihan produk depa. Apa lagi zaman laman sosial ni.. snap pic.. share kemudian orang lain yang tengok pun share.. sehinggalah jadi kontroversi yang maha dahsyat tanpa sempat fikir dengan logik akal.
Kat sini aku akui.. aku sendiri tak tahu sejauh mana betul atau salahnya pasal kicap sause manis tu cuma aku nak share info dengan korang semua. So, ada akal kita pakai.. Selebihnya kita serah pada pihak bertanggungjawab untuk lakukan siasatan.
Ni hasil kajian pihak pengurusan kicap yang pernah di tuduh ada cicak tapi bukan sause manis ABC tu.. tapi kita boleh jadikan teladan & ilmu jer..
Sehubungan dengan itu juga, kami ingin mengemukakan hasil laporan dari kajian berserta gambarajah fizikal cicak sewaktu proses ujikaji dijalankan sebelum ini di makmal Depco United Sdn Bhd. Sila rujuk 5 gambarajah dari eksperimen 1 dibawah:-
-Eksperimen hari 1,cicak dimasukkan kedalam botol ujikaji
Eksperimen hari 1, menunjukkan gambar cicak kelihatan terapung di bahagian atas bottle
Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 9 hari dalam rendaman kicap menampakkan rangka cicak. (Specimen 1)
Eksperimen 1, keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembek dan sifatnya tidak sempurna
Selebihnya info pasal kajian cicak dalam botol kicap ni korang boleh baca sendiri kat sini >> KAJIAN CICAK DALAM BOTOL KICAP <<
P/S : Manusia pun kalau mayat terendam dalam air sampai sebulan pun dah rebut, inikan cicak.
P/S : Bagi yang meragui eksperimen ni boleh buat eksperimen sendiri di rumah. Kos dia pun cuma seekor cicak & kicap ABC jer.. tengok lepas 30 hari dia mereput ke tidak. Kalau tak mereput kiranya kicap ABC ni boleh jugak la jadi bahan pengawet mayat @ bangkai haiwan.. simple kan??
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment