ONEXOX
BannerFans.com

Ramai minta Datuk tanding di Teluk Intan – Raja Bomoh 1Malaysia Kokodai Slap

on Saturday, May 17, 2014

Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sedang memikirkan kemungkinan untuk bertanding sebagai calon Bebas di pilihanraya kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya ramai penduduk Teluk Intan yang ditemui memintanya untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili mereka.

“Ramai yang datang jumpa dan minta Datuk bertanding sebagai calon bebas.

“Datuk adalah anak jati Teluk Intan, lahir dan dibesarkan di sini. ” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Menurutnya lagi sebahagian besar pengundi di Teluk Intan mempunyai pertalian saudara dan merupakan kenalan yang rapat dengannya.

Ibrahim turut berkata, selain masyarakat Teluk Intan, semua ahli persatuan Silat Gayong Ghaib dan Selendang Merah turut menyatakan sokongan dan sanggup untuk menjadi jenteranya sepanjang tempoh berkempen.

“Apapun tunggulah ketika proses penamaan calon nanti kerana Datuk masih memikirkan permintaan mereka itu” katanya lagi.



Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved