ONEXOX
BannerFans.com

Doakan kami untuk kali yang terakhir - Rumahtangga Abby Abadi dan Farhan goyah?

on Monday, May 19, 2014

Berita perkahwinan Abby Abadi dan Farhan sekitar September tahun lalu memang mengejutkan. Ramai tidak menyangka bekas pelakon itu memilih seorang jejaka yang sembilan tahun muda darinya untuk dijadikan suami.

Apa yang menarik tentang kehidupan mereka berdua selepas berkahwin ialah penyebaran beberapa keping gambar romantik yang memperlihatkan hubungan mereka sangat utuh dan saling memahami antara satu dengan yang lain.

Bagaimanapun, hakikat sedemikian seolah-olah sudah berubah apabila Abby Abadi secara terbuka memuatnaik beberapa kenyataan tersirat di laman Instagram miliknya yang berbaur seperti bermasalah dengan suami dan seakan dalam pertimbangan untuk bercerai.

Apa yang berlaku sebenarnya? Mengikut status terbaru bekas isteri Norman Hakim itu di Instagram, beliau meminta pengikut-pengikutnya agar mendoakan rumahtangga mereka buat kali yang terakhir. Kenapa buat kali yang terakhir? Adakah pasangan ini mahu bercerai pula?






Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved