Calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berikrak untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang dikemukakan di Parlimen untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Katanya, beliau akan berpegang pada ikrar tersebut sekiranya terpilih mewakili Teluk Intan.
Peguam muda itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak menentang hudud, namun, pelaksanaannya di Malaysia tidak boleh dijalankan selagi isu sosio-ekonomi tidak diatasi.
"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Beliau juga berkata penentangan ke atas pelaksanaan hudud dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak akan membuatkan beliau "kurang Islam". Dyana akan menjadi salah satu daripada segelintir calon Islam yang bertanding atas tiket DAP sekiranya pencalonannya diterima esok.
Namun, beliau percaya bahawa hudud bukanlah satu isu yang akan menjadi tumpuan utama pilihan raya kecil kali ini. DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysia.
Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.
"Saya tidak fikir ia akan menjadi satu isu. Malah GERAKAN juga tidak menyokong hudud," katanya.-mk
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bedanya parti Islam dengan parti-parti sekular yamg lain. Parti-parti sekular sama-sama melayari bahtera ingin menuju pulau yang satu iaitu 'kebahagiaan dan keamanan' di dunia. Dalam menuju ke situ, golongan nasionalis, kapitalis, demokratis berdayung disebelah kanan, dan golongan sosialis, komunis berdayung sebelah kiri. Namun pulau 'kebahagiaan dan keamanan' mereka hanya setakat di dunia ini sahaja. Tiada agenda untuk akhirat.
Bagi parti Islam (PAS di Malaysia, Ikhwanul Muslimin di Mesir atau Hisbullah seperti yang disebut dalam Al-Quran) pulau 'kebahagiaan dan keamanan' mereka, bukan di dunia ini sahaja bahkan melangkaui zon 'dunia dan akhirat'. Untuk menuai hasil di akhirat, mestilah melalui usaha 'cucuk tanam' di dunia. Perundangan Islam 'hudud' adalah antara usaha cucuk tanam itu.
Parti Islam yakin adanya hari akhirat. Pada parti-parti sekular, ada yang yakin dan ada yang tidak yakin adanya hari akhirat. Tidak salah orang yang tidak yakin adanya hari akhirat bernaung bersama parti Islam yang percaya kepada hari akhirar. Kalau betul hari akhirat itu tidak ada seperti kepercayaan sesetengah mereka walaupun persiapan sudah dibuat, golongan Islam itu tidak rugi apa-apa.
Tetapi kalau benar hari akhirat itu ada sedangkan mereka tidak ada persiapan untuk ke akhirat, maka rugilah mereka. Kerana menyesal kemudian sudah tidak berguna lagi. Itulah logik perlunya membantu dan menyokong parti Islam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Tp parti Islam tangguh dan tangguh dan tangguh dan tangguh lepas tu tuduh dan tuduh dan tuduh dan tuduh...
May 19, 2014 at 5:42 AM
Org yg takut hudud adalah org yg selalu membuat kesalahan
May 19, 2014 at 6:22 AM
Hukum hudud ni hukum Allah..Aku ade 1 soalan je kpd org yg menentang perlaksanaan hukum hudud ni..'Sejak bila dorang ni jd tuhan yg bru?smpaikan nk buat hukum sendiri berdasarkan pemikiran masing2,....'Sesungguhnya janji ALLAH itu benar..
May 19, 2014 at 10:24 AM
Post a Comment