ONEXOX
BannerFans.com

Pisang Rebus

on Monday, May 19, 2014



PISANG REBUS (Boiled banana) merupakan sejenis makanan berasaskan pisang masakuntuk dihidangkan sebagai makanan yang enak dikawasan kampong. Pisang (Musa spp) mempunyai banyak spesis daripada yang dimakan segar, dibuat kuih mueh atau yang khusus untuk digoreng atau di buat kerepek pisang.

Kini tidak ramai maysrakat bandar dan anak-anak generasi 2Y mengenali resepi makanan pisang rebus. Pisang yang sesuai untuk dimakan sebagai 'pisang rebus' adalah daripada varieti seperti Pisang Abu, Pisang Nangka, Pisang Nipah, Pisang Lang, Pisang Benggala yang lazimnya mempunyai kulit yang tebal dan isi yang manis. Pilih pisang yang hampir masak dan leraikan daripada sisirnya. Sediakan air rebusan dengan mengisi air dan sedikit garam. Saya bagaimana pun lebih suka kalau kita kukus (steam) pisang dalam alat pengukus.

Kaedah mengukus pisang ini dapat mengekalkan rasa asal pisang yang direbus. Jangka masa untuk merebus atau mengukus pisang tidak perlu lama sekitar 15 - 20 mini sahaja. Jika direbus terlalu lama akan menyebabkan kulit dan isi pisang menjadi kecut. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pisang rebus yang kini boleh dikatakan sebagai makanan unik zaman dulu dan exotic masa kini. Teringat makan pisang rebus setelah dua minggu melancong di Republic Czec, London, Paris, Belgium dan Natherlands.



Apabila pisang yang direbus atau dikukus ini telah masak, angkat dan toskan airnya. Apabila gak sejuk kita boleh ambil dan kupas kulitnya untuk dimakan . Apabila kulit dibuang kita boleh potong isi pisang rebus yang berwarna kekuningan terus untuk dimakan atau dimakan bersama kelapa parut bagi menambahkan perisa sedapnya . Ada juga yang suka makan pisang rebun dengan mencecah kepada gula pasir atau juga susu pekat manis.



Bagaimana pun pisang rebus yang dibawa sebagai bekalan untuk kekebun, ke sawah atau ke laut sesuai dimakan begitu sahaja kerana tetap sedap dimakan apabila perut sudah lapar kerana penat bekerja. Pada saya pisang lang yang direbus dan pisang nipah memang paling disukai. Ini kerana pisang lang mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup menyelerakan. Sementara itu pisang rebus atau pisang kukus ini tahan beberapa hari jika disimpan dengan baik dan tidak basi. Selain ia mengenyangkan, makan pisang rebus amat memberikan tenaga banyak untuk terus bekerja. Bagaimana pun makan pisang rebus ini bukan dilakukan setiap hari kerana jemu juga.

Selain pisang rebus dan pisang kukus, ada juga penduduk kampong yang menyajikan 'Pisang Bakar'. Walau pun ia kurang popular, semasa saya melawat Penang Tropical Fruit di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang ianya ada dihidangkan kepada pelancong. Menurut pengusaha dan petugas di taman tersebut, hidangan pisang rebus dan pisang bakar amat disukai oleh pelancong daripada luar negara kerana keunikannya. Rasa pisang yang manis dan bau enak akan memyebabkan ia menjadi pilihan daripada beberapa jenis hidangan disediakan selepas melawat taman buah-buahan. Makanan pisang rebus, pisang kukus dan pisang bakar mungkin antara jenis hidangan dalam kategori 'makanan sihat' kerana tidak mengandungi bahan lain seperti minyak. Semuga makanan ini tidak akan terus dilupakan dimasa akan datang. Artikel ini dipostkan daripada Hotel Westcord, Amsterdam subuh Ahad 11 Mei 2014. Wasallam!



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved