ONEXOX
BannerFans.com

Ibu Lina Joy Doa Anaknya Kembali ke Pangkuan Islam

on Saturday, May 10, 2014



Keputusan wanita Melayu yang mengaku dirinya telah murtad, Lina Joy merupakan insiden paling menyedihkan keluarganya.

Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu berkata, beliau sentiasa berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga

“Saya tetap bersabar dengan dugaan ini walaupun kesihatan tidak mengizinkan saya dan terpaksa berkerusi roda,” kepada pihak media selepas menghadiri Wacana Agenda Kristian Sedunia anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) beberapa bulan lalu.



Beliau turut mengakui tidak menemui anaknya itu sejak membuat keputusan meninggalkan Islam.

“Sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak saya setelah meninggalkan negara untuk berada di Australia,” katanya.

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ?Islam? daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved