Mohd Azuan Bin Abdullah, identiti polis maut dilanggar penjenayah di Jalan Alor Pongsu Perak. Pada 26 Mei 2014, telah berlaku insiden kejar mengejar antara dua polis peronda bermotosikal dengan suspek yang menaiki Toyota Wish sejurus menerima laporan awam mengenai kes rompakan. Namun ketika mengejar penjenayah yang menaiki Toyota Wish, sebuah kereta Honda Civic yang dibawa oleh rakan suspek merempuh mangsa dari arah belakang. Mangsa maut selepas tercampak 50 meter dari tempat kejadian. Manakala rakan mangsa pula mengalami cedera parah. Berdasarkan maklumat terkini, kereta Toyota Wish warna emas no pendaftaran WRU 5308 yang dinaiki suspek telah ditemui dalam keadaan terbakar. Difahamkan, mangsa dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Jun 2014.
Nama: Mohd Azuan Bin Abdullah
Umur: 24 Tahun
Pekerjaan: Anggota Polis Unit Rondaan Bermotosikal
Gambar Kad Kahwin Anggota Polis Maut
Gambar Polis Maut Dilanggar Penjenayah Di Alor Pongsu Perak
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Ranking: 5
{ 3 comments... read them below or add one }
Harap lawyer2 yg sibuk perjuang hak asasi tampil mewakili kes mangsa ini. Jgn hanya berjuang hak asasi penjenayah semata.
May 26, 2014 at 8:14 AM
Subhanalllah...rahmatilah insan ini dan berilah kemuliaan disyurga...ya allah...wahai bakal isterinya...bersabar lah.sesungguhnya ini dugaan paling hebat utk kamu.semoga.kamu berada didalam lindungannya...
May 26, 2014 at 5:20 PM
Semoga penjenayh tersebut akn dpt hukuman yg setimpalnya
May 27, 2014 at 10:52 AM
Post a Comment