ONEXOX
BannerFans.com

Info Penting: Berhati-hati apabila buat Loan kereta dan deal dengan Salesman

on Wednesday, May 14, 2014

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini… awas… cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun…tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik… Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok…anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman ‘baik hati’ yang bagi diskaun kepada anda tadi… dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa…. Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama… tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.

Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +

RM10,080 (keuntungan bank)

————

RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.


Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni… ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je ‘Paultan’ blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak…cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke…












Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Salesman markup interest?
Blogger ni mabuk ke aper?
Susah la kalau keldai pun nak jadi blogger..


May 14, 2014 at 9:39 AM
Anonymous said...

apa la bengap sgt blogger ni? intrst sape tntukn? diskaun sape bg? ko g cri kitab bahlol makhluk blaja pasal ni..bukan tajolmuluk tau..ko selawat dulu,telan kabait 1/2kilo..2 botol air ketom smpi climax n ko musti nampk sultn melaka je,bru ko bca kitab tu..haram jadah..


May 14, 2014 at 10:01 AM
Anonymous said...

Astagfirullah..mengeleng kepala aku dgn kebodohan blogger ni..hebat betul salesman boleh arahkan bank bagi interes ikut budi bicara salesman..rupanya selama ni salesman lg hebat dr bank negara..tolong bagitau salesman mana boleh buat camtu..saya nk kenal gak..sy asal nya salesman gak dr sana la sy belajar utk berniaga..org mcm awak la yg bagi persepsi buruk utk salesman..tuan belum tau lg mcm mana diorang gigih mencari rezeki ..tuan dh bersangka buruk..klu x tau buat cara x tau jgn memandai mandai..nnt org kata bangang sombong..bukan bodoh sombong tuan..


May 14, 2014 at 10:26 AM
Anonymous said...

interest ditentukn oleh bank le... cuma salesman boleh tentukan nilai RM yg diberikn utk harga jualan. contohnya proton factory jual pd proton edar rm35,000 utk sbuah kereta. Menjadi hak pulak kpd salesman proton edar nk buat harga mengikut ketentuan psaran. maybe kereta tsebut dijual skitar harga rm36000-rm43000, jd salesman bleh dapat untung dr situ. hak mereka la nk jual 37k ke, 38k ke, klu salesman jual rm43000, jd xdalh rebet...


May 14, 2014 at 3:17 PM
Anonymous said...

interest ditentukn oleh bank le... cuma salesman boleh tentukan nilai RM yg diberikn utk harga jualan. contohnya proton factory jual pd proton edar rm35,000 utk sbuah kereta. Menjadi hak pulak kpd salesman proton edar nk buat harga mengikut ketentuan psaran. maybe kereta tsebut dijual skitar harga rm36000-rm43000, jd salesman bleh dapat untung dr situ. hak mereka la nk jual 37k ke, 38k ke, klu salesman jual rm43000, jd xdalh rebet... -------------------------------------------------

Dari sini lah applicable kiraan Admin..... "Adakah Pembeli Tertipu?" "Adakah Penjual Menipu?"......... Bisnes mesti nak untung... Kalau nak rugi bukanlah bisnes...... Beli mesti nak tawar.... Berhati2 pada tawaran harga... Tak salah mempunyai asas kira-kira sebelum membeli..... Tak semua salesman penipu..... Tak semua salesman tidak penipu.....

Cuma dakwaan secara menyeluruh... merosakkan yang lain....

P/S:- TV3 Pernah menyiarkan, dealer kereta baru keluar kilang menukarkan komponen kenderaan baru kepada komponen terpakai atau substandard........ Yang terkena adalah pembeli........... Berhati2


May 14, 2014 at 7:46 PM
Anonymous said...

info yg ni aku setuju... wahai si blogger, klu stakat nk wat blog cut n paste, xyah buat arrr..


May 15, 2014 at 4:40 AM
Anonymous said...

siapa nih? kerja dgn I la. best shot!


May 15, 2014 at 5:07 AM
Anonymous said...

Blogger main taip suka hati tanpa research. Kononnya nak tunjuk pandai, apa ko ingat orang ramai kat luar bodoh macam tak reti matematik dan prosedur? Agak-agaklah nak blogging janganlah under estimate org ramai...nampak sangat awak ni bodoh sombong. Tak tahu bertanya, jangan cuba2 nak mengajar orang perkara yang salah.


May 15, 2014 at 8:38 AM
Anonymous said...

memang kena hati2 jugak dengan janji2 salesman ni.. tapi ramai jugak yang jujur n ikhlas.. baru2 ni ade beli Perodua Alza.. Alhamdulillah semua yang salesman tu janji, semua dapat.. orang melayu.. bleh email ke syskreatif@gmail.com kalau berminat untuk beli kereta Perodua..


August 5, 2015 at 12:30 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved