Satu Laporan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tersebar menunjukkan produk terkenal Coklat Cadbury Hazel Nut didakwa mempunyai DNA KHINZIR.
Surat yang tersebar itu menunjukkan tarikh analisis pada 27 Februari 2014 iaitu 3 bulan yang lalu. Namun sumber asal penyebaran ini tidak diketahui dan kepala laporan juga tidak ditunjukkan. Malah terdapat kesalahan pada nama sampel yang tertulis CABBURY dan bukannya CADBURY.
Penyebaran laporan ini mencetuskan panik dikalangan peminat coklat tersebut di media sosial. Ramai yang mengajukan pertanyaan di laman facebook page Cadbury dan ini jawapan awal mereka.
Apapun sebagai pengguna dan masyarakat Islam khususnya, anda memang berhak untuk merasa bimbang kerana ia melibatkan penggunaan bahan yang haram disisi agama. Semoga ada jawapan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Cadbury kelak untuk menjernihkan perkara ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 9 comments... read them below or add one }
Orang Islam jangan beli Barangan keluaran Cadbury.
May 23, 2014 at 11:14 AM
btulll....jgn beli,beli produk islam sahaja.xpyah mkn coklat pon xpe,xmati pon xmkn coklat
May 23, 2014 at 7:59 PM
Maaflah kalau agak kasar penulisan disini. Aper ker bodohnya nak sebut ttg kepala surat x ditunjukkan?? Kat bawah tu terang2 nampak laporan tu dari Kementerian Kesihatan Malaysia kaaaaaaaaannn?????
May 23, 2014 at 8:10 PM
Skrg ni pihak JAKIM kena jawab sbnrnya. Kalo pihak Cadbury jawab, x guna. Sbb skrg ni pihak Jakim keluarkan kelulusan halal kpd Cadbury. Tp penemuan menggunakan teknologi terkini oleh KKM membuktikan kehadiran dna porcine (khinzir). Persoalannya, adakah pihak Jakim beri kelulusan tanpa membuat pemeriksaan fizikal?? Hanya luluskan saja pembaharuan sijil halal semata2 kerana pihak Cadbury dah lama ada sijil halal? Kenapa pihak Jakim tidak menggunakan teknologi sama atau lebih baik dari KKM?? Tak ada bajet/peruntukan?? Mustahil!!!
May 23, 2014 at 8:24 PM
Mungkin ader la kot sesetengah individu yg agak bangang & nak bg sedap hati diri sendiri akan jadikan isu "ejaan pun salah....Cabbury....bukan Cadbury" sebagai cara nak menidakkan perkara ini. Saper terasa tu, fikir & tanyalah diri sendiri. Itu adalah "typo" atau "typing error"....kesilapan menaip.
May 23, 2014 at 8:36 PM
Production bukan sekali saja masa jakim check. Dah berapa ratus kali producrion, staf tukar ke, sesaja tukar resepi ke entahla. Eloklah jakim kerap buat spot sampling bagi yg ada lesen halal to ensure these companies comply to halal standard.
May 24, 2014 at 6:02 AM
mmg bangang pun,,,kn ni isu hukum..maruah..takan org islam tak tercabar?aduhh leh diam lak
May 25, 2014 at 5:13 AM
suruh tutup
jek kilang tu..apa r
May 25, 2014 at 5:15 AM
Jakim tidur.....
May 29, 2014 at 12:11 AM
Post a Comment