Pasangan panda gergasi yang telah dipinjamkan dari kerajaan China di atas dasar setiakawan serta pinjaman telah membabitkan kos kepada Malaysia.
Dalam tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun kepada kerajaan China untuk membela haiwan berkenaan.
Perkara itu telah dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Bagi menempatkan pasangan panda, kos dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun. Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Bagus betul kerajaan malaysia... Syabas dan tahniah..... Mudah2an nasib golongan miskin terbela melebihi si panda.....
May 22, 2014 at 11:22 PM
Krim cerah hati. Jom baca ni
http://matrodi.my/2014/05/23/pandangan-we-need-more-panda-not-china-doll/
May 23, 2014 at 4:59 PM
Post a Comment