ONEXOX
BannerFans.com

"Mak Semakin Angau, Gigih Kuruskan Badan" - Adlin Aman Ramlie

on Saturday, May 10, 2014



Lebih kurang seminggu saja lagi pelakon veteran kesayangan ramai, seniwati Ruminah Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang peneroka felda, Al-Fatah Rahim Ismail, 70. Dan kalau Mak Mah yang kami dapat rasakan kini sedang berdebar-debar menanti hari bahagiannya tu, bagi anak-anaknya pula, tentunya gembira kerana bakal mendapat ayah baru.

Barangkali jodoh Mak Mah kali ini boleh dikatakan sebagai antara hadiah sempena Hari Ibu paling bermakna dalam hidup wanita berusia 68 tahun itu.

Bagaimanapun menurut salah seorang anak Mak Mah iaitu pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie, beliau tidak menganggap lelaki yang bakal mengahwini ibunya pada 17 Mei ini sebagai kurniaan 'bapa baru".

"Bagi saya, sebagai seorang anak tiada konsep “ayah baru”. Sebaliknya ini merupakan kehidupan mak bersama suami baru. Jadi kami sebagai anak tidak meletakkan apa-apa syarat, yang penting selepas ini beliau bahagia bersama suami baharu dan semoga ini merupakan perkahwina terakhirnya", katanya ketika dihubungi Malaysia Digest.com

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang cukup berahsia, Adlin berkata, sebelum ini ibunya sekadar ada bercerita yang dia mengenali seorang lelaki dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Kemudian ketika kali kedua bercerita kepada Adlin dan adik beradik lain, barulah Mak Mah terus menyatakan hasrat yang dia dan bakal suaminya sudah sepakat mahu berkahwin.

Sebagai anak-anak Adlin berkata, semestinya mereka adik-beradik sangat berbahagia melihat ibu mereka yang sekian lama bergelar ibu tunggal kini akan kembali bergelar isteri.

"Alhamdullilah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin. Mula-mula mak kata nak edar 300 kad jemputan sahaja. Tapi sekarang sudah 3000 kad jemputan telah disediakan olehnya.

"Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” dedahnya sambil tergelak kecil.

Mak Mah mula berkenalan dengan Al-Fatah Rahim Ismail ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Mereka kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang.

Sementara itu dari segi persiapan pula, kata suami kepada pelakon Emelda Rosmila ini, dia dan adik beradik tidak terlalu mencampuri urusan persiapan majlis bersejarah ibunya itu kerana semua persiapan dilakukan oleh adik beradik di sebelah ibunya.

"Mak Mah ialah anak kedua daripada 13 adik beradik. Selama ini mak yang berusaha mencari rezeki untuk adik beradiknya. Jadi sekarang ini, giliran adik beradik mak pula membantu membuat persiapan kahwinnya", tutur Adlin yang sekarang sibuk dengan program 'Bintang Mencari Bintang' musim kedua.

Ditanya sekiranya ada mana-ama penerbit atau pengarah mahu memfilemkan kish ibunya, Adlin berkata,

"Saya tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin menerbitkan filem mengenai kisah mak. Namun, pembikinan filem tersebut akan dipantau oleh saya meliputi tujuan utama filem itu ingin diterbitkan. Jika ianya hanyalah gimik semata-mata, jadi tidak perlulah.

"Tetapi, jika ia melibatkan kisah mak sebagai anak seni dan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak serta memberi impak yang positif kepada semua pihak, kami akan menyokong", ujarnya yang juga kini rancak menjalankan perniagaan pemasaran networking.

Sebelum mengakhiri perbualan, Adlin sempat menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu. Mengambarkan Mak Mah sebagai seorang yang cukup rapat dan mesra dengan anak-anak, ujar Adlin, maknya cukup memahami sifat anak-anak. Mak tidak suka meminta-meminta dengan orang lain namun, apa yang diinginkan, beliau akan meminta kepada Allah S.W.T.

"Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada mak semoga sihat dan berbahagia sehingga ke akhir hayatnya", katanya.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved