Bayi lelaki itu diberi nama Muhammad.
Anak pertama mereka, Iman kini sudah berusia empat tahun.
Intan Maizura Othaman, 34 memuatnaik gambar tag namanya di hospital di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang menyayat hati.
“Sayang, ampunkanlah segala dosa Mami to you (kepadamu). Sekiranya Mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7 Mac 2014, sudah tentunya Mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada kamu pada hari terakhir pertemuan kita.
“Doakanlah Mami selamat menjalani operation (pembedahan) untuk melahirkan Muhammad, hari ini,” tulisnya.
Dalam kapsyen sama, Intan memohon dipanjangkan usia demi mendidik anak-anak mereka.
“Semoga ALLAH SWT panjangkan usia Mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata yang diamanahkan oleh ALLAH ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan akhirat,” tulisnya lagi.
Operasi mencari MH370 terus dipergiat, namun sehingga ini pesawat berkenaan masih gagal dikesan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment