Bagaimanapun ATM dilihat membenarkan pesawat itu hilang dari radar selepas membuat keputusan bahawa pesawat berkenaan dikategorikan sebagai ‘bukan ancaman’.
Pendedahan itu dilakukan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu temubual dalam program Four Corner terbitan Australian Broadcasting Corp (ABC), menurut laporan portal The Malaysian Insider.
Ini merupakan kali pertama Hishammuddin berkata bahawa pihak berkuasa penerbangan Malaysia mengarahkan tentera memantau pergerakan pesawat itu.
Perkembangan ini tidak dimasukkan ke dalam laporan awal lima muka surat berkenaan kehilangan pesawat itu oleh Kementerian Pengangkutan pada 1 Mei lepas.
Laporan berkenaan yang mendapat kritikan hebat tidak memaklumkan langsung berkenaan arahan berkenaan dari pihak berkuasa kepada tentera untuk memantau pesawat itu.
Bagaimanapun, laporan ringkas itu yang turut dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) hanya mendedahkan kejadian dalam tempoh empat jam ketika komunikasi antara pesawat MH370, kawalan trafik udara Malaysia dan negara lain terputus.
Ia juga mendedahkan tempoh masa yang diambil sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
Antara informasi lain yang dimuatkan di dalam laporan berkenaan yang turut mengundang banyak tanda tanya dari para penganalisis ialah butiran mengenai kandungan kargo dan juga rakaman audio komunikasi juruterbang dengan kawalan trafik udara.
Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur 8 Mac lepas.
Laporan itu juga mengatakan ada masalah komunikasi antara Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan ATM khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) biarpun mereka berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Subang.
Turut didedahkan pesawat MH370 dengan jumlah 239 orang penumpang telah terbang merentasi Pangkalan TUDM di Pulau Pinang tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak melakukan apa-apa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment