ONEXOX
BannerFans.com

MH370: Kapten Zaharie Tidak Percaya Dengan Insurans Hayat

on Tuesday, May 20, 2014

PETALING JAYA –  Saudara-mara kepada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara terhadap mereka yang mengaitkan kemungkinan kehilangan pesawat dengan tindakan bunuh diri juruterbang.

Dengan pelbagai spekulasi yang tersebar, termasuklah mengaitkan tindakan bunuh diri yang dikatakan sengaja dilakukan untuk mengumpul bayaran insurans yang besar, keluarganya juga kecewa apabila MAS tidak melindungi atau bercakap untuk juruterbangnya.

Asuad Khan, adik ipar kepada Kapten Zaharie mengulangi bahawa juruterbang itu adalah berpengalaman dan mereka tidak pernah mempunyai polisi insurans hayat.

“Bukan sahaja tidak mempunyai polisi insurans hayat, dia dan keluarganya juga tidak mempunyai perlindungan insurans perubatan. Sebarang bayaran insurans akan hanya diperolehi daripada MAS,” katanya.

Bercakap bagi pihak kakaknya Faizah Khan, Asuad berkata spekulasi yang tidak tepat telah mencemarkan imej Kapten Zaharie.

“Arie telah memberitahu Faizah apabila dia telah bersara daripada MAS, masalah kesihatan akan diuruskan di hospital kerajaan dan mereka terpaksa hidup mengikut kemampuan mereka.

“Dia adalah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri kelakar. “Kita akan bersara jadi kita akan mempunyai banyak masa untuk menunggu di hospital” beliau memberitahu isterinya,” kata Asuad.

“Dia bersemangat terhadap kerjanya dan kehidupannya serta keluarganya adalah baik, jadi mengapa dia mahu membunuh diri dan mengambil nyawa 238 orang yang lain bersama dengannya?”

Ketika polis masih mencari kemungkinan pesawat dirampas, berkaitan keganasan atau ‘juruterbang bunuh diri’, Asuad berkata Faizah masih lagi disoal oleh mereka.

“Dia menerima hakikat bahawa Arie telah mati tetapi tidak dapat menerima apabila orang bercakap buruk tanpa mengenali Arie.

“Dia adalah orang yang paling bermurah hati dari segi nasihat, wang dan masa,” katanya.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved