ONEXOX
BannerFans.com

Pelumba Basikal Negara Parah Dirempuh Kereta

on Wednesday, May 28, 2014

Pelumba basikal negara Kimberley Yap parah selepas terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Penchala Link menghala Damansara, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian beliau menjalani latihan secara berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Menurut sumber polis, berikutan kejadian Kimberley dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan selepas cedera di bahagian kaki, kepala dan badan.

Sumber memberitahu, Yap yang berusia 29 tahun kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.

Difahamkan Kimberley berlatih seawal jam 7 pagi dan sering menggunakan laluan berkenaan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan antarabangsa.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved