ONEXOX
BannerFans.com

Peraturan Baru Airasia Di KLIA2 Mulai 9 Mei 2014

on Thursday, May 8, 2014

Peraturan baru AirAsia di KLIA2 Mulai 9 Mei 2014. Seperti sedia maklum, syarikat tambang murah Airasia akan memulakan operasi sepenuhnya di terminal baru KLIA2 bermula pada 9 mei 2014. Berikut adalah peraturan baru yang perlu dipatuhi oleh penumpang Airasia bagi memastikan perjalanan penerbangan lebih lancar.



Tiba Di Lapangan Terbang 3 Jam Lebih Awal

Penumpang dinasihatkan tiba tiga jam awal sebelum waktu perlepasan dan menguruskan segala keperluan perjalanan seawal mungkin kerana KLIA2 meliputi kawasan yang luas dan lebih masa diperlukan untuk sampai dari satu tempat ke tempat yang lain di lapangan terbang tersebut. Mereka juga digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web atau peranti mudah alih sebelum tiba ke lapangan terbang. Daftar masuk sendiri boleh dilakukan dari 14 hari dan sehingga satu jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia dan sehingga empat jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia X.

Kaunter Daftar Masuk Bagasi Ditutup 1 Jam Sebelum Berlepas

Kaunter daftar masuk bagasi dibuka tiga jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan dan ditutup satu jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik.

Polisi Satu Bagasi Kabin

Penumpang hanya dibenarkan membawa satu beg bagasi bersaiz kabin untuk menaiki pesawat. Bagasi yang bersaiz besar perlulah ditempatkan di dalam ruangan kargo. Polisi ‘satu bagasi kabin’ akan terus dikuatkuasakan bagi memastikan kelancaran proses menaiki dan turun pesawat di KLIA2.


Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved