Ramai menyifatkan kemalangan tersebut sebagai pelik dan tidak masuk akal. Ia berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.
Menurut sumber, insiden itu didakwa berpunca daripada kelalaian pemilik kereta berkenaan yang gagal menarik brek tangan atau handbrake dengan kemas sehingga menyebabkan ia bergerak sendiri tanpa disedari.
Bagaimanapun, kedua-dua kereta dan kapal terbang terbabit tidak mengalami sebarang kerosakan teruk, hanya kesan calar pada badan masing-masing akibat bergesel.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment