Maka akan bermula episod perang saraf memancing undi bagi kedua dua parti yang bertanding.
Parti kompenan BN yang bertanding disini iaitu parti Gerakan mendapat satu lagi senjata yang akan membantu mereka dalam gerak kerja pilihanraya selain dari jentera jentera kerajaan yang sedia ada .
Dipetik dari twiter Raja Bomoh itu beliau akan menghalang dan meghalau puaka puaka yang menyebabkan BN kalah di Telok Intan nanti.
Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac lalu dilapor Malaysiakini hadir untuk membantu kemenangan calon BN.
Selepas dirakam menjalankan ritual ditepi pantai dengan beberapa pembantunya untuk 'mencari' serpihan pesawat MH370, Ibrahim yang menetap di Perak dirakam hadir di lebuh raya utara-selatan arah utara untuk menghalau puaka yang diyakini beliau menjadi punca nahas mengorbankan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pembantunya pada 17 April lalu.
"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment