Ketua Pegawai Operasi MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, satu artikel yang membangkitkan perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penumpang MAS.
“MAS mahu mengulangi bahawa operasi syarikat pengangkutan nasional ini tidak ini ditutup pada 29 mei 2014 seperti dikhabarkan.
“Artikel itu cuma ditulis berdasarkan kata-kata daripada sumber tidak rasmi,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Jauhari berkata, meskipun terpaksa berhadapan khabar angin tersebut, warga MAS mengekalkan komitmen supaya terus berdaya saing dalam tekanan pasaran waktu ini.
Sebagai contoh, katanya, MAS mengadakan Pameran Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) yang menawarkan orang ramai memberi tiket pada harga kurang 50 peratus untuk penerbangan segera sehingga 31 Disember ini.
“Kami beroperasi seperti biasa dan penumpang MAS tidak perlu bimbang,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment