ONEXOX
BannerFans.com

Termakan ‘babi’, tak perlu samak kata Dr Asri

on Monday, May 26, 2014

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hari ini bahawa mereka yang termakan khinzir tidak perlu menyamak mulut.

Beliau mengulas mengenai isu coklat Cadbury yang baru-baru ini disahkan mengandungi DNA khinzir.

“Seseorang itu tidak berdosa dan tidak perlu menyamak. Tetapi apabila sudah mengetahui coklat itu ada DNA khinzir, janganlah makan coklat itu dengan sengaja,” katanya kepada FMT.

Asri turut mengatakan bahawa pihak kerajaan juga tidak seharusnya dipersalahkan, tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya lebih berhati-hati ketika memberi pensijilan halal.

Beliau turut menyatakan bahawa jika seseorang itu menyamak, maka dia berlebih-lebihan dalam agama.

“Jika seseorang itu berbuat demikian (menyamak) maka dia bertindak di luar daripada apa yang patut,” katanya.

Menurut Asri, malah isu samak jika terkena khinzir ini terdapat khilaf di antara mazhab.

“Jika seseorang terkena air liur anjing maka wajib samak. Tetapi Imam Nawawi dari mazhab Syafie sendiri mengatakan bahawa kita tidak perlu samak dalam apa segala keadaan.”

Daging khinzir telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa ianya haram dimakan tetapi ia tidak dinyatakan sebagai najis, katanya.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved