“Baguslah ibu dengan ayah tak berniaga hari ini (semalam). Boleh teman Danial di rumah,”
Itulah ungkapan terakhir seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Danial Abdullah, lapan tahun, sebelum ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat 15 Pangsapuri Ulu Pudu, Cheras di sini.
Ibu mangsa, Faizah Ahmad, 46, berkata, anaknya itu sangat gembira apabila diberitahu dia dan suami tidak akan berniaga menjual sate semalam.
“Kebiasaannya kami tidak pernah mengambil cuti berniaga walaupun sehari. Danial cukup gembira apabila saya memberitahunya perkara itu,”
Faizah berkata Danial anak kelapan daripada 10 beradik dianggap pintar dan amat mendengar nasihat.
“Adakalanya dia sering merungut sekiranya kami tidak meluangkan masa untuk dia dan adik-beradik lain.
“Saya dan suami redha dengan pemergiannya. Saya anggap ini ujian paling besar dalam keluarga kami,”
Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berkata, mangsa mati di lokasi kejadian kerana mengalami pendarahan di bahagian kepala dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment