ONEXOX
BannerFans.com

(3 Gambar) Pemandu Lori Maut Dihempap Batu Konkrit

on Sunday, June 15, 2014

Seorang pemandu lori yang mengangkut tanah di sebuah tapak pembinaan di Muadzam Shah dekat Rompin disahkan maut selepas lori yang dipandunya dihempap batu konkrit petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Mohd Razali Razak menyatakan mangsa yang dikenali Ahmad Khussairie Saffari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher, kepala dan tangan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang, mangsa sedang menunggu giliran untuk mengangkut tanah. Bagaimanapun secara tiba-tiba, batu konkrit yang berada berhampiran lori mangsa menghempap kepala lori berkenaan menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah yang dimaklumkan tentang kejadian itu terus datang ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan dibantu beberapa jentera berat.

Mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan didapati sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.





Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved