ONEXOX
BannerFans.com

5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!

on Saturday, June 21, 2014

Kita semua pernah ditakutkan oleh folem-filem seram pada satu-satu masa dalam hidup kita. Tapi itu semua hanyalah filem-filem kan? Namun, beberapa siri peristiwa seram dan menggerunkan telah menyusuli produksi filem-filem ini di belakang tabir. Kebetulan? Anda sendiri tentukan. Yang pasti sesuatu yang pelik dan di luar kawalan yang tidak dapat diterangkan dengan nyata telah berlaku di set-set penggambaran ini.

The Omen (1976)



Tragedi bermula di set penggambaran apabila juru urus haiwan di makan hidup-hidup oleh seekor singa. Kemudian, Gregory Peck dan Mace Neufeld dipanah petir, diatas kapal terbang yang berasingan tetapi bernasib baik dan terselamat.

Insiden paling pelik, walau bagaimanapun adalah kemalangan maut kereta hanya beberapa ketika selepas keseluruhan penggambaran filem tersebut selesai.

Designer filem The Omen, John Richardson, terperangkap dalam perlanggaran kereta yang meragut nyawa teman wanitanya, yang terpancung hampir sama seperti watak Jennings yang terbunuh di dalam filem itu.

Rosemary's Baby (1968)



Penerbit, Castle, yang sangat terkesan dengan filem ini dan surat benci serta ugutan bunuh yang tidak putus-putus dari 'peminat-peminat' yang terganggu dan apabila beliau dirawat kerana jangkitan urin dengan tidak semena-mena menjerit, "Rosemary, turunkan pisau kamu itu!"

Paling menyeramkan antara semuanya adalah isteri kepada pengarah filem ini, Sharon Tate bersama tiga orang sahabat dan anak yang dikandungnya dibunuh oleh pengikut-pengikut Charles Manson menggunakan motif 'Satanic' yang ditiru daripada skrip sebenar Rosemary's Baby.

Poltergeist (1982)



Pelakon-pelakon muda Poltergeist sememangnya tidak bernasib baik. Atau, adakah mereka sebenarnya disumpah?

Pada mulanya, si kecil Oliver Robbins (Robbie Freeling) hampir menemui ajal apabila dia dicekik oleh tangan patung jahat yang mengheretnya ke bawah bantal.

Kemudian, bintang muda, Heather O'Rourke yang melakonkan watak Carol Anne Freeling. mati selang beberapa tahun selepas filem ini ditayangkan buat pertama kali semasa pembedahan rutin biasa di hospital.

Lebih menyeramkan adalah berita pembunuhan Dominique Dunne, berusia 22 tahun (watak kakak kepada Carol, Dana Freeling) yang dicekik oleh bekas kekasihnya yang ganas.

Psycho (1960)



Psycho mengejutkan dunia dengan gabungan keganasan yang sangat grafik dan ketakutan psikologi, tetapi kejadian jenayah yang ditiru selepas pelancarannya juga menghantui perasaan.

Penyiasat Zodiac, Robert Graysmith melaporkan insiden tersebut di dalam bukunya, "The Girl in Alfred Hitchcock's Shower".

Seorang wanita bernama Myra Davis yang bekerja sebagai pembantu pencahayaan untuk filem Psycho, dibunuh oleh Kenneth Dean Hunt, seorang yang obses dengan Hitchcock dan dikatakan adalah Psycho sebenar.

Terlalu banyak kekeliruan yang berkisar mengenai kes tersebut di mana pelakon ganti untuk Janet Leigh bagi babak mandi yang kontroversi itu juga bernama Myra Davis.

The Exorcist (1973)



The Exorcist dipenuhi dengan kematian dan kecelakaan. Jack McGowran (Burke Dennings) dan Valsiliki Maliaros (Mrs Karras) meninggal dunia sebelum The Exorcist dilancarkan, dan Ellen Burstyn serta Linda Blair mengalami kecederaan tulang belakang yang agak teruk semasa di set lakonan.

Secara mistiknya, sebahagian daripada set The Exorcist tiba-tiba terbakar di rumah Reagan, kecuali bilik tidurnya dan terpaksa dibina semula. Ini sangat menakutkan pelakon-pelakon serta krew sehingga paderi dipanggil untuk melaksanakan 'Exorcism' (upacara menghalau roh jahat) yang sebenar.

Fakta atau fiksyen? Anda mungkin terpaksa mengakui info ini amat menyeramkan..



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved