ONEXOX
BannerFans.com

Gelatin dan DNA babi halal?

on Saturday, June 7, 2014



Laman Suara.tv yang menyiarkan tentang “Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan” bersumberkan laman web Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.

“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.

Ia diberi tanda ‘bagus’ oleh bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dengan menyertakan link artikel di atas di laman Twitter.



Suara.tv sekali lagi meminta pandangan Dr Asri berkaitan perkara tersebut.

“Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal.

“Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut” katanya.

Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain.

“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya.

“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.

“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi.

Dr Asri sekali lagi menyatakan pandangan beliau di Facebook seperti keratan di bawah.



Kita sendiri bagaimana? Pendapat di atas diberikan ulama-ulama tersohor dengan kredibiliti mereka. Kita yang masih belum berkeyakinan, was-was elok tinggalkan dari memakannya. Perkara yang dirasakan syubhah, ragu-ragu pada dirinya elok ditinggalkan.

Bagi mereka yang berkeyakinan, boleh memakannya kerana ulama telah memberikan pendapat mereka, tambahan pula Jakim, pihak yang bertanggungjawab telah menghalalkan produk Cadbury tersebut.

Janganlah pula ada yang sengaja cari yang berDNA babi baru terasa ingin memakannya.

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Kalau rasa was was tak payah makan...


June 8, 2014 at 8:46 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved