ONEXOX
BannerFans.com

ADUN DAP dapat derma RM1 juta daripada BN Sarawak

on Saturday, June 7, 2014

Kerajaan BN Sarawak menjadi bemurah hari untuk mendermakan RM1 juta kepada ahli parlimen Sibu yang juga Adun Bukit Assek, Wong Ho Leng dari DAP untuk menampung kos rawatan Wong yang kini sedang bertarung nyawa akibat penyakit barah otak.

“Ketua menteri mengarahkan Setiausaha Kewangan Negeri mengeluarkan cek RM1 juta untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga Wong menampung kos rawatan termasuk di luar negara.

“Langkah ini sekali gus mengambarkan manifestasi dan keiklasan pemimpin politik di Sarawak yang sanggup membantu rakan yang ditimpa musibah walaupun berbeza fahaman politik,” kata Speaker DUN Sarawak, Datuk Awang asfia Awang Nasar.

“BN mendoakan Wong cepat sembut. Kita tidak mahu kerusi Bukit Assek kosong dalam DUN Sarawak pada persidangan akan datang,” katanya lagi dipetik Free Malaysia Today.

Isteri Wong Ho Leng, Irene Mary Chang Oi Ling menyifatkan sumbangan RM1 juta dari BN dan rakyat Sarawak itu merupakan pemberian paling bermakna buat suami dan keluarga mereka.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved