ONEXOX
BannerFans.com

” ISU NORA DANISH PERAMPAS SUAMI ORANG” – BEKAS ISTERI NEDIM (BEE KHAN), AKHIRNYA “BUKA MULUT”

on Wednesday, June 18, 2014

Pelakon Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.

Terbaru, bekas isteri Nedim sendiri yang dikenali sebagai Nabilah Khan memberi penjelasan panjang lebar di Instagram miliknya malam semalam.

Menurut Nabilah atau lebih mesra disapa Bee Khan, dia gembira dengan hubungan Nedim bersama Nora, apatah lagi anak tunggalnya turut bahagia di samping pelakon itu.

Nedim adalah bekas suami saya dan bapa kepada anak saya. Dia menjalin hubungan dengan Nora Danish untuk jangka masa yang agak lama dan mereka kelihatan sangat bahagia bersama.

Dre juga seronok bila bersama bapanya serta Nora dan anak dia. Sebagai seorang ibu, tak ada apa lagi yang boleh saya minta selain melihat anak saya bahagia dan dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Dalam pada itu, Bee juga berharap penjelasannya itu dapat memberi pencerahan yang sepatutnya dan berharap masyarakat luar berhenti dari terus memberikan komen negatif.




Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved