ONEXOX
BannerFans.com

JPJ N.SEMBILAN LELONG MOTOSIKAL PADA 18 JUN

on Wednesday, June 4, 2014

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam lebih 50 buah motosikal pada 18 Jun ini.

Lelongan akan diadakan di Dewan Melati JPJ di sini dari pukul 9 pagi.

Pengarah JPJ Negeri Saiful Azzri Hamzah berkata kebanyakan motosikal yang dilelong itu masih boleh dilesenkan dan hanya mereka yang membeli dokumen penjualan lelong sahaja akan dibenarkan mengambil bahagian.

“Kenderaan ini telah dilucut hak melalui perintah mahkamah dan pembida yang berjaya akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan yang dimenangi dalam bidaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh menyaskikan motosikal yang bakal dilelong di stor simpanan kenderaan sita JPJ Seremban pada 16 dan 17 Jun mulai pukul 9 pagi hingga 4 petang sementara dokumen penjualan lelong boleh dibeli pada dua tarikh tersebut di Kaunter 39 yang berharga RM50.00 senaskah.

Kali terakhir JPJ Negeri Sembilan mengadakan lelongan awam ialah pada Disember 2013



Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved