Alhamdulillah pagi ini dapat bersarapan mee goreng yang enak, sedang tangan menyuap-yuap mee ke dalam mulut , tiba-tiba hati saya terdetik dan teringat pesanan sifu saya sewaktu menghadiri kursus membuat mee kuning 2 tahun dulu secara berbayar. Ohh....saya masih belum sempat menyampaikan lagi apa yang saya tahu, astagfirullahalazim!
Oleh itu sebelum terlambat ingin saya kongsikan disini, dia berpesan kebanyakkan produk mee diluar yang diproses oleh orang bukan islam perlu berjaga-jaga kerana ada yang menggunakan minyak babi untuk mengelakkan ia lekit. Nak tahu caranya mudah saja. Apabila kita beli sebungkus mee kuning dikedai dan disimpan didalam peti ais semalaman, jika kita masih nampak bentuk mee kuning yang jelas dan cantik, maka maknanya ia munggunakan minyak babi.
Kerana molekul-molekul dalam minyak babi ini boleh memberi tahan kepada struktur mee. Tetapi jika kita bila mee kuning yang diproses oleh bumiputra biasanya struktur mee kuning selepas keluar daripada peti ais, daripada plastik kita dah nampak 'blur' dan tidak jelas kerana molekul-molekul minyak sawit tidak boleh memberi tahan kepada bentuk mee ini.
Oleh itu belilah mee kuning buatan bumiputra. Selain selamat kandungan asid borik kurang. Fungsi asid borik ini untuk menjadikan mee kuning supaya tahan lama. Jika kita simpan mee kuning berhari-hari dan ia masih elok itu tandanya kandungan asid borik adalah tinggi. Maka janganlah kita suka sangat ya,
Sampai-sampaikan mesej ini, supaya kita terlepas soal jawab disana nanti. Saya dapat ilmu ini selepas saya perlu membayar beratus ringgit, tapi apalah salahnya jika kalian kongsi secara percuma hanya dengan menekan butang " share " . Itu pun nak berkira ke? Niatkan saja untuk kesejahteraan ummah.
p/s Syukur saya tinggal di kawasan kampung mudah mendapat mendapat bekalan mee kuning buatan orang islam.." IZA
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
hati-hatilah ketika membeli..beli yang keluaran syarikat melayu..
June 4, 2014 at 7:36 AM
Semua babi, ini babi, itu babi. Semua salah babi. Kalau rasuah, makan cepat2.
June 5, 2014 at 1:46 AM
Post a Comment