ONEXOX
BannerFans.com

Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati

on Sunday, June 8, 2014

Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati | Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu...





PENAMAAN WARIS ASB

Kita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya.

Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat.Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia.

Mati tidak disyaratkan tua
Mati tidak disyarakatkan sakit

Persoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.

Saudara dan saudari sekalian,

Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).


Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:

1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah

2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini

3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.



Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana.



Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.


Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun.


Beku tetap beku. That's the rule.


Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR.


Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !

Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.




Kenapa boleh timbul pertelingkahan ?

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).



Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?


Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).





Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti. Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, pendapat saya sebagai seorang konsultan takaful, pelaburan ASB bukanlah satu pelaburan yang sempurna kerana masih terdapat kekurangan sehingga menimbulkan rasa was-was di kalangan pelabur yang mementingkan halal haramnya sesuatu pelaburan. Kini ASB baru memperkenalkan konsep HIBAH (satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh pelabur ASB).





Alternatif simpanan melalui caruman takaful adalah satu pelaburan yang berbaloi bukan sahaja ketika anda masih hidup, malah dapat membantu memastikan kesinambungan hidup ahli keluarga setelah kita meninggal dunia nanti.

Jarang sekali saya dengar orang jatuh miskin sebab mencarum takaful. Yang ramai jatuh miskin dan hidup terdesak sebab tak ada perlindungan takaful, banyak kali saya dengar.

*Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan mungkin bercanggah dengan pendirian anda.

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti. Kesian kat anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 33 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Pandangan yg sangat bgus utk dikongsi bersama.


June 8, 2014 at 7:22 AM
Anonymous said...

Apa jadah logik yang kau pakai tulis artikel ni?
Banyak anggapan kau salah dan cuma memenuhi propaganda kau je.


June 8, 2014 at 9:35 AM
hanis samsudin said...

Koba yo nk jual.takaful.sonang...


June 8, 2014 at 9:48 AM
Anonymous said...

Saya pernah membuat tuntutan utk smpanan arwah ayah.......sehari dh settle xde yg beku pn....


June 8, 2014 at 10:04 AM
Anonymous said...

Semua bohong belaka !!! Begini sikap org yg nak melaris @ menjual insurance aruah ibu saya ada simpanan asb dan pinjaman asb satu hari semua settle!!!


June 8, 2014 at 3:51 PM
Unknown said...

ASB nie utk bumiputra.


June 8, 2014 at 5:42 PM
Anonymous said...

auta bukan fakta. Sy keluarkan ASB arwah ayah mudah sahaja. Meninggal bulan 11, bulan 2 sy dah dapat duit...apa pun kenalah ikut peraturan yang ditetapkan. Harta pusaka bukan suka2 boleh dikeluarkan...belajar bagi habis dulu...taklah macam pak pander lagaknya


June 8, 2014 at 5:59 PM
Unknown said...

org nak jual insuran ni tak da kerja lain asyik nak menipu aje....tak da masalahnya nak keluar ASB selepas waris meninggal dunia..jgn lah nak buat fitnah...wife saya keluarkan duit arwah mertua saya tak ada maslah apapun tak sampai 3 bulan selesai urusan pengeluaran ASB..


June 8, 2014 at 7:31 PM
Anonymous said...

ummi sy tuntut asb amat mudah, sedangkan insurans keluarga dari etiqa utk arwah abah sy masih tak selesai malah pihak etiqa melabelkan tak layak mohon sbb arwah abah saya meninggal sbb sakit bukan kemalangan, padahal surat semua jelas arwah abah sy kemalangan. sedang proses utk ambil tindakan mahkamah skrg.


June 8, 2014 at 8:52 PM
Anonymous said...

Aku gi ambik duit ASB arwah ayah aku tak beku pun..sertakan surat mati, surat neranak dan no akaun asb aku..sebulan je dapat..pe jadah beku2 ni..


June 8, 2014 at 9:29 PM
Anonymous said...

Asb tu dah tentu haramnya krn cara dan tempat yg dilaburkan tidak bertepatan dgn cara islam. Kalau dah haram sapa2 yang guna pun tetap haram juga.


June 9, 2014 at 3:20 AM
Anonymous said...

kau ingat org2 yg baca artikel kau ni xpandai fikir dan periksa apa yg sepatotnya ker.. kalau betul kau nak tolong org melayu/bumi, xperlu la kondem institusi kewangan yg tolong org melayu/bumi..baik kau compare takaful kau tu dengan pakej insurans lain..senang cito, strategi kau ni xdapek diterimo sangat do..


June 9, 2014 at 3:52 AM
Anonymous said...

Jika tak tahu kebenaran dan prosedur tak perlu la tulis artikel ni. Saya dan adik-beradik tak ada masalah pun untuk menguruskan ASB peninggalan arwah ayah kami.


June 9, 2014 at 6:17 AM
Unknown said...

Bohong la sume ni...!aku Tak caya langsung.. Sebab,klu Betul di beku kn dh lama Org lain Tak layan Loan ASB ni..Agak2 la nk jual insuran pun..


June 9, 2014 at 6:24 AM
Anonymous said...

Apakah KETAHIAN otak kau ni... adehhh...skola tinggi bodoh pun bertingkat2... arwah bapak aku punya simpanan xde masalah pon... siap dia bagi khairat kematian lagi 2500... hampeh tolla ko ni... mmg la kna guna pusaka kecil utk urusan pengeluaran. Ikut faraid.


June 9, 2014 at 8:50 AM
Anonymous said...

Kalau ade kematian dgn cacat kekal dan ade pengesahan dari pihak tertentu dan inform bank,asb loan tu mmg akan stop.xpyh buat cerita sgt la kalau xtahu.parah betol.


June 10, 2014 at 3:03 AM
Anonymous said...

artikel penipu..phuiii!!...ni suma taktik ejen insuran..kalo x menipu xboleh ke hah!


June 26, 2014 at 8:48 PM
Anonymous said...

punya la baguih cerita, last2 jual insuran rupanye... kesian...


July 2, 2014 at 1:52 AM
azmawati ismail said...

Nak buat perbandingan pun buatlah sykt insurans vs sykt insurans yg lain cik kak... tu pun x reti....


July 3, 2014 at 10:38 PM
Anonymous said...

Ini semua taktik ejen insuran, penipu yang terAMAT BESAR, nak suruh orang ramai-ramai keluarkan duit kat ASB, lepas tu simpan dalam takaful. Baik ko berTAKAFUR Je... Insurance paling penipu besar!
Pasal apa, sebab kalau ada melibatkan tuntutan yang berjuta atau ratusan ribu mahupun ribuan. Ia akan melibatkan banyak aspek.
Tidak semudah itu, syarikat insurance nak bayar. Tengok Kes Alliance nak bayar tragedi MH 370, diaorang tak bayar habis lagi. berapa juta kena tanggung.
Kes kawan aku accident kereta. bila rujuk, dia (orang insurance) kata, tuntutan ini hanyalah, sekiranya tuan meninggal dunia atau pun mengalami kecacatan kekal macam lumpuh, cacat anggota. Tuan cuma cedera ringan sahaja, dan tiada sedikit pampasan pun akan diberikan. NAMPAK BETAPA BESAR penipu. Dulu cakap macam-macam! bila minta stop ansuran bulanan insuran tu. Dia (org insuran) cakap, kalau stop, segala duit itu akan dikira (BURN) atau pun hangus.
Satu sen pun tak dapat. Bayangkan duit insurance dia kat dalam tu dalam terkumpul sebanyak RM 13,200.00. Banyak tu, nak kahwin lagi satu lepas!


July 6, 2014 at 9:43 PM
Ubatkurap said...

Yg buat artikel ni bengap dan ada diantara yg komen ni pun sama bengap, masing2 berhujah demi kepntingan diri, sape2 yg nk masuk ins ni jgn main sain buta2 jer, baca terma & syarat.. bukankah polisi da disertakan..klu nk g bawak ke mahlamah dunia sekali pun klu dlm polisi tu x dinyatakan perlindungan tersebut mcm mana nk cover?!! lg buang masa duit dan lotih jer g fight.. yg jual ins ni pun jelaskan la pd cust sehingga faham tp..... ye jugak selps penjelasan cust tu ninggal yg dtg dok claim... waris yg x tau menda, cuma dia tau nk claim tanpa tau kontrak ins.. parah2..


August 24, 2014 at 8:58 PM
Meryl said...

apakah Anda pernah mencari tawaran pinjaman tertentu? Mungkin pemberi pinjaman yang sah atau pinjaman murah dan cepat sebesar 2% per tahun untuk membayar tagihan darurat dan utang? hubungi kami sekarang, greatfuturefinancialservices@gmail.com


November 9, 2014 at 7:30 PM
Anonymous said...

Yang beri komen jangan melenting, artikel itu ada yg salah fakta tapi ada juga yang betul, ada fakta yang tidak sahih dan terselindung dan juga ada fakta yang dinyatakan dengan jelas. So komenlah secara professional. Saya ada pengalaman menguruskan ASB dan takaful arwah suami saya. ASB dibeku atau tidak bergantung pada jumlah. Lambat atau cepat juga bergantung pada jumlah dan proses mendapatkan surat pentadbir. So sila beri komen yang membina jangan hentam keromo.


January 13, 2015 at 4:26 PM
Anonymous said...

Asb kena ada prosedur tertentu untuk keluarkan wang tetapi cepat diproses.Kalo jenis takaful/insurans ni ambil masa yang lama untuk dituntut.Itu je yang saya dengar dari orang lain.Rujuk dan jumpa pegawai yang bertauliah tentang topik ini.Jangan menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya.


February 10, 2015 at 7:21 AM
Anonymous said...

BODOH PUNYA ATIKEL


March 19, 2015 at 10:06 PM
Anonymous said...

MISLED........


March 19, 2015 at 10:08 PM
Aznan said...

Memang tak kena penulis mengaitkan atau membandingkan pelaburan ASB dengan perlindungan Takaful/Insuran. Memang Takaful ada pelaburan, tapi tidak boleh compare apple to apple dengan pelaburan lain seperti ASB kerana fungsi yang berlainan serta bukan semua caruman atau 'wang pelaburan' (terma biasa digunakan oleh agen Takaful) yang dibayar akan dilaburkan seperti ASB kerana ada bahagian perlu dibayar untuk caj perlindungan takaful.
Dari segi pelaburan ASB adalah antara option yang lebih baik, tetapi untuk jaminan (guaranteed) pelaburan mencapai target yang diingini, Takaful ada kelebihan kerana perlu diingat untuk membolehkan kita terus berupaya melabur memerlukan kita mempunyai pendapatan yang berterusan. Apa akan jadi sekiranya kita tidak lagi berupaya untuk menghasilkan pendapatan disebabkan hilang upaya? Bagaimana kita akan mencapai objektif pelaburan kita?
Takaful itu sendiri bukan penipuan, tetapi merupakan instrumen kewangan berbentuk perlindungan pendapatan yang AMAT PENTING & WAJIB ada bagi setiap orang, terutamanya orang Islam. Cumanya apabila tujuan dan fungsinya disalah tafsir, menjadikan ia kelihatan seteruk-teruknya.
Tiada siapa yang bodoh sebenarnya, cuma kadang-kadang ia dilihat atau difahami daripada perspektif yang tidak betul, mungkin disebabkan pemahaman yang berlainan, emosi, atas pengaruh yang tidak tentu kesahihannya atau mungkin tidak tahu langsung.
Sekiranya ada yang telah ada plan Takaful/Insuran tetapi tidak tahu apa yang dilindungi, bila rujuk kepada saya untuk second opinion dan saya akan berikan penerangan & khidmat nasihat secara percuma. Yang masih belum ada pun boleh rujuk jika ada apa-apa kemusykilan.

Takaful merupakan sebahagian daripada khidmat rundingan yang saya berikan, selain daripada khidmat rundingan pengurusan harta yang patuh Syariah. Saya boleh dihubungi melalui maklumat didalmam FB page saya seperti dibawah. Sila 'like' sekiranya ia memberi manfaat kepada anda. terima kasih

Aznan
www.facebook.com/HartaFaraid


April 7, 2015 at 12:31 AM
Anonymous said...

MEMOHON PINJAMAN ANDA

Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan Wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman daripada bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan ada di sana, Michellen Haward Firma Pinjaman adalah jawapan untuk menawarkan apa-apa jenis pinjaman kepada orang ramai atau sesiapa dalam nees bantuan kewangan. Kami memberikan pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah. hubungi kami hari ini melalui e-mel di michellenhawardloans@gmail.com

Nota: Semua pemohon perlu berada di atas 18 tahun


April 26, 2015 at 4:02 PM
Unknown said...

TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
c) penyatuan hutang.
d) Pinjaman Wang Hard.

Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com


July 9, 2015 at 3:26 PM
Meryl said...

Kami ingin memaklumkan orang ramai bahawa JAMINAN KEWANGAN PINJAMAN SYARIKAT kini sedang memberi pinjaman pada kadar yang berpatutan sebanyak 2% setahun. Kami memberi jumlah pinjaman minimum 10,000.00 dan jumlah maksimum sebanyak 100,000,000.00. Jika anda memerlukan kewangan untuk pengembangan perniagaan, tujuan pertanian, pembayaran balik hutang, pinjaman kereta dan pinjaman pendidikan maka kita boleh membantu besar dan bantuan kepada anda. Untuk lebih banyak pertanyaan mengenai program kredit kami kami cadangkan anda menghubungi email rasmi kami di bawah: financialassuranceloans@gmail.com, financialassuranceloans@accountant.com


February 6, 2016 at 11:25 AM
Unknown said...

Hari yang baik Sir / Madam:

Mendapatkan pinjaman yang sah sentiasa menjadi satu masalah yang besar Untuk orang-orang yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan penyelesaian. Isu kredit dan cagaran adalah sesuatu yang pelanggan sentiasa bimbang tentang apabila mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman yang sah. Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:

Penyatuan hutang
Mortgage kedua
Pinjaman Perniagaan
Pinjaman peribadi
Pinjaman Antarabangsa
Pinjaman pelajar
pinjaman keluarga

Untuk maklumat lanjut untuk pergi tentang memperoleh kenalan pinjaman kami, Sila bertindak dengan pantas dan e-mel ini: bretthawksloans@gmail.com

Nota pinjaman yang diberikan pada kadar faedah 3%, sila kembali kepada kami sekarang jika berminat.

Nama: Brett Hawks

Alamat e-mel: bretthawksloans@gmail.com


May 8, 2016 at 1:31 PM
Anonymous said...

mgkin btul mgkin salah. ayh sya meninggal 2 thun lpas. asb mmg beku. kena urus pusaka kecil baru dapat keluarkan. skg baru settle pusaka kecil..mmg bergantung pd jumlah simpanan. klu sikit senang je klu byak mmg kena beku


June 2, 2016 at 8:06 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved