ONEXOX
BannerFans.com

Punca Downtown Cheras KL Akan Tutup Milik Jakel

on Thursday, June 5, 2014

Punca sebenar Downtown Cheras KL akan tutup kerana tapak berkenaan kini jadi hak milik Jakel Trading. Tapak pasar malam terkemuka itu juga didakwa sudah dijual kepada Syarikat Jakel Trading untuk tujuan pembangunan. Surat pekeliling DBKL mengenai penutupan Downtown Cheras telah diedarkan dimana peniaga perlu menghentikan segala aktiviti perniagaan dikawasan terbabit dalam tempoh sebulan. Dalam notis tersebut, tiada tapak gantian disediakan namun pihak DBKL sedia mendengar cadangan peniaga mengenai tapak perniagaan yang baru bagi menggantikan Downtown Cheras.



Surat Pekeliling Downtown Cheras KL Akan Tutup









Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

PEMINDAHAN DOWNTOWN CHERAS..

Ini adalah kenyataan daripada sumber kukuh kepada saya yang mana saya juga adalah salah seorang daripada peniaga downtown.

Surat DBKL yang dikeluarkan kepada peniaga2 Downtown Cheras adalah suatu kekeliruan.

Kementerian Wilayah dan DBKL menjanjikan penempatan perniagaan yang baru di sekitar MRR2 dengan teratur dan terancang. Selagi tiada penempatan baru, peniaga2 Downtown Cheras tidak perlu gusar.

Surat untuk melanjutkan perniagaan larut malam telah ditandatangani oleh Timbalan Perlesenan DBKL bagi memberi ruang kepada semua peniaga untuk berniaga sehingga hujung bulan Julai.

Downtown Cheras tidak akan ditutup sehingga selepas Raya dan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak dengan cara yang berdiplomasi dan berperikemanusiaan.

Sila abaikan surat dari DBKL yang sudah tersebar di kalangan peniaga Downtown Cheras kerana ia adalah SUATU KEKELIRUAN pihak tertentu dalam menangani masalah ini. 

Harap segala spekulasi mengenai kekeliruan ini di hentikan..

Sekian. Harap maklum. Terima kasih.

MOHON SEBARKAN KEPADA SEMUA YANG BERKENAAN..


June 8, 2014 at 2:29 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved