Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit kenyataan dari Dr. Mohd Asri berkenaan posting beliau di laman Twitter miliknya @realDrMAZA.
Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.
Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.
Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.
1. Tidak terdapat corak pada dinding bas Kembara Mahkota Johor 2014 ini seperti yang diperlihatkan dari posting twitter Dr. Asri.
2. Daripada sisi bas yang sama, tidak terdapat ruangan menyimpan kereta seperti dari posting asal Dr. Asri.
3. Stereng bas yang dipaparkan oleh posting Dr. Asri berwarna putih padahal yang sebenarnya berwarna hitam.
4. Ruang dalam bas yang tidak seperti dalam paparan gambar asal.
Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana² pihak tetapi saya berniat untuk memaparkan realiti dan perkara sebenar yang wajib diperbetulkan di kalangan mata masyarakat. Berkemungkinan daripada sekeping gambar yang tidak sahih akan menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan membuatkan banyak pihak tidak senang.
Ini posting saya yang kedua berkenaan 'kesilapan' gambar yang
Rujukan artikel jet mewah di sini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment