ONEXOX
BannerFans.com

Seorang Lelaki Mati Ketika Menonton Perlawanan Worldcup Sepanyol vs Belanda

on Tuesday, June 17, 2014

AKSI Piala Dunia 2014 yang kini sedang berlangsung di Brazil menyebabkan seorang pemuda di China meninggal dunia gara-gara tidak tidur menonton perlawanan sepanjang malam.

Pemuda berusia 25 tahun dari Wilayah Timur China, Sonzhou ditemui mati di depan TV yang masih terpasang di biliknya pada Sabtu pagi lalu.

Dipercayai, perlawanan terakhir yang ditontonnya ketika aksi Sepanyol tewas 5-1 kepada Belanda.

Mayat telah dihantar ke hospital di Xiangcheng dan disahkan oleh doktor punca kematian disebabkan kekurangan tidur serta keletihan fizikal.

Bagaimanapun pihak hospital tidak menjelaskan lebih lanjut punca kematian yang mungkin juga disebabkan oleh serangan jantung.

Biarpun negara China tidak beraksi pada Piala Dunia ini, penduduk-penduduk tetap bersekang mata untuk menonton perlawanan yang berlangsung.

Pihak doktor di China mengeluarkan amaran agar tidak terlalu obses untuk menonton perlawanan sehingga mengabaikan kesihatan.

Sebagai rekod, tragedi maut ‘gila’ bola ini turut berlaku di China pada aksi Euro 2012 selepas seorang lelaki menonton 11 jam perlawanan tanpa henti.

Manakala pada Piala Dunia 2006 dan 2010, hospital di China dipenuhi pesakit yang mengalami simptom keletihan melampau.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved