ONEXOX
BannerFans.com

Tudung Fareeda: Jangan Jatuhkan Perniagaan Orang Melayu

on Friday, June 27, 2014

SECARA peribadi, fesyen dan tudung bukanlah sebahagian dari kepakaran penulis.  Tapi penulis tertarik nak mengulas isu ini bila ada perniagaan orang Melayu, diasaskan oleh orang Melayu juga, cuba nak dijatuhkan oleh orang Melayu yang lain, penulis rasa ada tanggungjawab untuk mempertahankannya.

Penulis merujuk kepada pelbagai kontroversi yang dikaitkan orang dengan tudung jenama Fareeda yang agak sibuk dimainkan di media-media sosial sekarang ini.

Dari apa yang penulis difahamkan melalui pelbagai sumber, tudung Fareeda adalah jenama tempatan yang mempunyai strategi perniagaan yang agak unik.  Entah kenapa, pereka tudung ini hanya membenarkan sejumlah 30 orang pelanggan pada satu-satu masa untuk mencuba dan membeli tudung di Butiknya.

Setiap pelanggan ini pula diwajibkan mendapat nombor giliran sehinggakan katanya ada yang pitam kerana menunggu barisan yang panjang untuk mendapatkan tudung yang bukan murah nilainya, tapi ada yang mencecah ratusan ringgit harganya.

Harga yang  mahal ini dikaitkan dengan jenis kain yang digunakan serta rekaan kerongsang yang dipadankan pada tudung.

Keunikan yang asalnya menarik minat orang untuk membeli tudung ini bagaimanapun, sekarang menjadi punca kenapa ramai orang mula tawar hati nak mendapatkan produk berkenaan.  Tak cukup dengan itu, pelbagai cerita tak baik disebarkan termasuklah terbaru bila kononnya pelanggan diminta mengemukakan slip gaji untuk 3 bulan sebelum dibenarkan untuk membeli.

Ini masalah yang biasa berlaku kepada perniagaan yang diasaskan oleh orang Melayu, tak boleh nak popular sikit, mulalah ada pihak yang cuba tabur pasir dalam periuk nasik.

Pada penulis, apa pun bentuk dan cara perniagaan itu mahu dijalankan, bukanlah satu masalah.  Setiap orang ada cara tersendiri untuk memasar dan menjual produk masing-masing dan jika tidak sabar, boleh saja memilih produk yang lain.  Tak siapa yang paksa beli pun.

Dari sibuk mengata, perniagaan tudung yang diasaskan oleh ibu mertua kepada pelakon terkenal Fizo Omar ini sepatutnya diangkat sebagai bukti kreativiti orang Melayu berniaga.  Siapa yang terfikir satu model perniagaan dimana jumlah pelanggan perlu dihadkan pada satu-satu masa untuk membeli tudung?

Setahu penulis, ramai peniaga mahu lebih ramai pelanggan masuk kedai lebih baik, bukan dihadkan apatah lagi diberi nombor giliran!!  Tapi bila pendekatan yang agak ekstrem ini tetap menjadi fenomena di kalangan kaum wanita, sudah tentu ada yang menarik ke atas produk tersebut.

Patut kita sokong, bukan kempen untuk jatuhkan.  Anyway, tidak ada sebab langsung untuk jatuhkan pun.  Bukannya perniagaan ini guna dana awam atau kaitan dengan mana-mana personaliti tertentu untuk maju.

Jika di barat, orang sanggup beratur untuk mendapatkan buku Harry Porter umpamanya, apa salahnya di Malaysia ada orang beratur untuk mendapatkan tudung yang direka serta diberi kelainan oleh orang Melayu sendiri?



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved