Melalui akhbar Kosmo hari ini, Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menjelaskan cadangan itu dibuat berikutan penurunan kadar kesuburan di negara kita pada masa ini iaitu 2.1 anak pada tahun 2012 berbanding 3 anak pada 2000.
Selain itu, menurut Rohani, ia juga sebagai dorongan untuk pasangan suami isteri mempunyai ramai anak.
"Singapura merupakan contoh negara yang memberikan bonus kepada ibu bapa bagi setiap bayi yang dilahirkan"
"Kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sedia mengkaji cadangan yang diberikan pakar-pakar dan kita akan laksanakannya jika ia mempunyai asas yang kukuh sebagai persediaan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas"Jika dilaksanakan kelak, diharap ramai pasangan mengambil peluang ini. Bukan hanya kerana bonus, tetapi anak adalah pelaburan terbaik di masa hadapan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
naik kan gaji dulu..rmai anak lg tinggi blnja isi rumah...
June 27, 2014 at 2:27 AM
Post a Comment