ONEXOX
BannerFans.com

3 PEJABAT EXCO NEGERI SEMBILAN DIPECAH MASUK

on Sunday, July 20, 2014

SEREMBAN – Tiga pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) dan sebuah setor di Bangunan Wisma Negeri di sini, dipecah masuk petang Sabtu.

Ketiga-tiga pejabat berkenaan yang terletak berhampiran ialah pejabat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Abd Razak Ab. Said dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Tun Hairudin Abu Bakar.

Ketiga-tiga pejabat dan setor berkenaan didapati berselerak setelah diselongkar individu yang tidak dikenali.

Jalaludin berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang daripada kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 6 petang Sabtu.

“Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat SUK yang membuat kerja lebih masa pada 3 petang. Saya kehilangan iPad jenis Apple dan tab jenis Samsung, manakala setakat ini saya belum pasti adakah terdapat dokumen yang hilang,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Jalaludin berkata laporan polis telah dibuat oleh unit keselamatan pejabat SUK semalam dan polis kini sedang menjalankan siasatan.

Sebelum ini, pada 25 Sept 2013, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli di bangunan yang sama dilaporkan dipecah masuk.













Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved