ONEXOX
BannerFans.com

Doktor Keluarkan 232 Batang Gigi Daripada Mulut Seorang Remaja

on Thursday, July 24, 2014

MUMBAI: Pakar bedah di Mumbai mengeluarkan 232 batang gigi dari mulut seorang remaja dalam apa yang dipercayai sebagai satu rekod dunia, lapor agensi berita AFP.

Ashik Gavai, 17, berjumpa doktor selepas bengkak gusi kanannya. Dia dirujuk kepada Hospital JJ di Mumbai.



"Kami membedahnya pada Isnin dan ia mengambil masa hampir tujuh jam. Kami fikirkan ia hanya satu pembedahan yang mudah tetapi apabila dibedah, kami lihat ada banyak gigi kecil seperti mutiara dalam rahangnya," kata Dr. Sunanda Dhivare-Palwankar seperti dipetik oleh AFP.

Doktor juga menemui satu struktur seperti batu marmar. Mereka pada mulanya berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya dan terpaksa "menggergajikannya" dan mengeluarkannya sedikit demi sedikit, kata doktor itu.



Keluarga Ashik bimbang bengkak pada gusinya itu barah. "Saya bimbang itu barah, itu sebab saya bawa dia ke hospital xdi Mumbai," kata bapanya, Suresh Gavai kepada Mumbai Mirror.

Menurut Dr. Dhivare-Palwankar kes yang dicatatkan sebelum ini ialah 37 batang gigi dikeluarkan dalam pembedahan seperti itu. Dia dan pasukannya mengira ada 232 batang gigi yang diambil daripada mulut Gavai.

"Saya rasa ini rekod dunia," katanya.

Tulang rahang Gavai tidak diusik sepanjang pembedahan dan kata doktor dia akan pulih tanpa sebarang kecacatan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved