ONEXOX
BannerFans.com

Tergamak Tipu Anak Yatim Anjur Berbuka Puasa

on Thursday, July 24, 2014

Seramai 75 kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan termasuk 20 anak yatim dan lapan pengiring dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor terpedaya dengan janji seorang lelaki yang kononnya mahu menganjur majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan di Hotel Berjaya Waterfront di sini, semalam.

Lelaki dikenali sebagai Faiz itu didakwa menghubungi surau kampung berkenaan pada 21 Julai.

Lelaki berkenaan mengaku sebagai orang tengah bagi menganjurkan majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa tajaan hotel berkenaan.

Selepas berasakan diperdaya, pengiring mereka bertindak membuat laporan polis selepas gagal menghubungi lelaki berkenaan selepas tiba di hotel itu bersama kanak-kanak terbabit dengan bas sewa khas jam 3 petang.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan.

Menurutnya, pihaknya merujuk siasatan kes berkenaan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

"Siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Usaha untuk mengenal pasti lelaki yang didakwa memperdayakan mereka sedang dijalankan," katanya



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved