Seperti biasa apa sahaja gambar yang mereka kongsikan pasti akan mendapat banyak komen dari para pengikut samada yang berbentuk positif, negatif atau pertanyaan.
Antara artis yang cukup aktif memuatnaik gambar peribadi ialah Nelydia Senrose. Beliau tidak pernah terlepas mengemaskini laman Instagram miliknya kerana mahu hubungan rapat dengan peminat terus terjalin selain tidak mahu dilabel sombong.
Begitupun, perkongsian Nelydia berkenaa sekeping gambar sedang intim dengan kekasih hatinya, Qi Razali tidak begitu disenangi peminat di laman facebook. Gambar tersebut telah dimuatnaik di facebook menerusi sebuah page gosip terkenal.
Kebanyakkan peminat yang memberi komen tidak begitu menyenangi tindakan pasangan ini terlalu intim dan berpegangan tangan memandangkan mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan sah dan hanya sekadar pasangan kekasih.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment