Bagi mereka yangn suka pada kereta jenis compact atau hatchback kini boleh mengumpul duit untuk membeli kereta terbaru keluaran Honda apabila model Jazz generasi ketiga dilancarkan hari ini.
Honda Jazz serba baru ini hadir dalam pelbagai variasi dan ia amat sesuai untuk si muda mudi, eksekutif mahu pun yang sudah mempunyai keluarga.
Jazz generasi ketiga ini dijual dengan harga bermula dari RM72,800 bagi variasi S. Bagi variasi E, harganya ialah RM79,800 dan bagi variasi V pula, ia dijual dengan harga 87,800.
Model ini ada kemungkinan menjadi pembunuh model-model kereta keluaran Perusahaan Automobil Negara (Proton) apabila variasi S lebih murah daripada model Proton Suprima S dengan rupa yang lebih kurang sama.
Bagi variasi V yang paling tinggi harga dengan ciri-ciri keselamatan maksimum, Honda Jazz generasi ketiga masih lagi tampil lebih murah dengan hanya RM87,800 berbanding Proton Suprima S iaitu 87,942.95.
Para pengguna akan melihat peluang mendapatkan kereta buatan pengeluar ternama iaitu Honda dengan harga yang lebih murah berbanding kereta keluaran dalam negara.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Yoichiro Ueno menyatakan Honda Jazz generasi kedua sebelum ini mendapat tempat di hati orang ramai apabila terjual sebanyak 5.2 juta unit di seluruh dunia.
“Bagi model ini, Honda mensasarkan untuk mendapatkan jualan untuk semua variasi sebanyak 1,200 unit sebulan dan sasaran 76,100 unit untuk tahun 2014,” katanya.
Yoichiro berkata Honda Jazz yang baru ini bakal menarik minat para pelanggan yang mahukan sebuah kereta yang bukan sahaja seronok untuk dipandu malah versatil dan memiliki fungsi terbaik demi keperluan gaya hidup penggunanya.
“Jazz serba baru didatangkan dalam satu pakej menarik yang ideal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, daripada pelajar kolej, eksekutif muda hinggalah pasangan yang sudah berkahwin serta keluarga,” tambahnya lagi.
Pembantu Ketua Projek Besar All-New-Jazz, Daisuke Uragami menyatakan Jazz baru menampilkan reka bentuk baru dari Honda iaitu H Design yang membuatkan kereta ini kelihatan garang dan sporty.
Kereta Honda Jazz baru dikuasakan oleh enjin 1.5 Liter SOHC i-VTEC yang telah ditambahbaik dengan Transmisi Bersambung (CVT) yang baru direka bentuk.
Jazz generasi ketiga, ia didatangkan dalam lima variasi warna iaitu warna baru perak (New Tinted Silver), biru (Brilliant Sporty Blue Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl), dan kelabu (Modern Steel Metallic).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment